

Di Tiktok, usahawan dan pempengaruh, Tya Arifin berkongsi telatah anak lelakinya yang pertama kali berpuasa di bulan ramadan.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Simpati Nasib Kamal Adli, Doa Pembedahan Berjalan Lancar
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Rapatkan Hubungan Suami Isteri Renggang
Puasa pertama

Menerusi video yang dimuat naiknya itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meluahkan rasa terharu apabila anak lelakinya, Arif Jiwa yang baru berusia 6 tahun berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada hari pertama ramadan, semalam.
Puasa pertama Arif. Ah terharu!
Lagi 8 hari dia 6 tahun, mulanya nak cuba dulu berpuasa, kalau dia tahan sampai sehari penuh, syukur. Kalau tak separuh hari pun tak apa. Macam-macam dramanya, nak ‘mati’ lah, kalau orang kentut lah.
Dalam masa sama, gelagat puteranya itu yang sudah tidak boleh menahan kelaparan dan seolah-olah mahu ‘mati’ itu berjaya mencuit hati warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kanak-kanak berusia 6 tahun itu berserta ibunya, Tya kerana pandai mendidik anak.


Video
https://www.tiktok.com/@tyaarifinnw/video/7213986476579769626?_r=1&_t=8auBqPeoDti
Sumber: @tyaarifinnw








