Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak-anak pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Manfaatkan Ilmu ‘Breastfeeding’, Selesa Jaga Sendiri Anak Bongsu – ‘Susu & Semua Keperluan Saya Sediakan’
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Selalu Abai Diri Selepas Kahwin, Potret Kuat Walau Hati Menangis – ‘Bebanan Fikiran Tapi Tetap Bertahan’
Realiti seorang ibu
Menerusi hantaran di Instagram, Tya berkata sejak awal pagi dia sudah sibuk menguruskan anak sulungnya, Arif Jiwa Asyraf untuk memasuki sesi persekolahan baharu.
Menantu biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata dia tidak cukup tidur susulan menemani suaminya menghadiri sebuah acara pada malam itu.
Baby Aghnia menyusu, tukar lampin dan saya tidur jam 2.30pagi.
Disebabkan hari ini, hari persekolahan yang pertama, saya mesti kena hantar Arif yang dah darjah dua.
Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat mekap, sarapan pun terlupa dan siapakan kelengkapan anak sekolah.
Kagum dengan para ibu
Katanya, selepas menguruskan tiga anaknya, dia menjadi semakin kagum dengan para ibu di luar sana.
Bercerita lanjut, Tya berkata para ibu tidak menceritakan kepenatannya namun tersimpan seribu satu rasa yang ramai tidak tahu.
Masya-Allah semenjak ada tiga anak ni, makin besar rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa.
Kerana, di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu.
Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Sumber: Instagram