Pelakon dan usahawan Tya Arifin berkongsi perbezaan yang dilaluinya selepas bergelar seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Beri Nama Aghnia Amira Jiwa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Arifin Dedah Pernah Alami Keguguran Sebelum Hamil Anak Ketiga
Wanita kuat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin akui kehidupan sebelum dan selepas berumah tangga berubah sepenuhnya.
Menurutnya, pengorbanan seorang ibu adalah sesuatu yang perlu dihargai oleh setiap suami.
360 berbeza selepas kamu sudah bergelar seorang isteri dan ibu.
Pertama, perlu meninggalkan kehidupan lama dan ubah gaya hidup demi keluarga.
Kedua, utamakan suami dan anak. Diri sendiri selalu diabaikan.
Ketiga, kesakitkan bersalin. Nyawa jadi taruhan demi melahirkan zuriat.
Keempat, perubahan tubuh badan. Ada stretch mark dan berat naik.
Kelima, kurang rehat dan tidur. Sentiasa berjaga untuk keluarga.
Keenam, pengorbanan kerjaya. Ada yang berhenti kerja demi anak-anak.
Ketujuh, kesabaran yang tinggi. Menghadapi ujian rumahtngga dengan tenang.
Kelapan, mental dan emosi terganggu. Bebanan fikiran tapi tetap bertahan.
Dan yang terakhir, tetap kuat walaupun penat. Senyum walau hati menangis.
Dalam pada itu, Tya menegaskan bahawa wanita adalah insan yang kuat dalam menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.
Sumber: TikTok @TyaArifin