Pelakon dan usahawan, Tya Arifin memandang positif terhadap teguran netizen berhubung isu pakaian yang digayakannya dalam sepotong video apabila dikatakan kurang sesuai dan sedikit menonjol.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Simpati Nasib Kamal Adli, Doa Pembedahan Berjalan Lancar
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Curi Perhatian Netizen Dek Kerana Kekal Muda – ‘Nampak Sebaya Je Dengan Menantu’
Tak marah, ambil positif
Ketika ditemui OhBulan!, Tya berkata dia tidak mampu menghalang netizen untuk berhenti bercakap mengenai dirinya.
Jelas Tya, dia juga sudah bersedia dengan kritikan tersebut dan tidak sekali pun berasa marah mahupun berkecil hati.
Saya tidak boleh kawal sesuatu yang orang akan terus menilai. Macam saya sendiri sudah pasti mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan melihat dari sudut yang positif sahaja.
Saya juga percaya jika terdedah dengan sosial media, saya sentiasa bersedia dengan perkara yang kita sendiri tidak boleh jangka.
Bukan disebabkan komen-komen tersebut buat saya rasa rendah diri, marah atau sudah tidak mahu buat lagi konten.
Tya berkata demikian ketika ditemui di Anugerah TikTok 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada Ahad.
Justeru, menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata, selepas ini dia akan lebih cakna dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang konten dalam media sosial.
Saya akan lebih berhati-hati selepas ini, tapi netizen sangat ramai dan saya tidak mampu nak kawal satu persatu.
Dari pihak saya dan pasukan sendiri mungkin ada perkara yang kami terlepas pandang semasa proses menyunting video. Lepas ini juga saya akan lebih pantau mereka.
Begitu juga dengan pemakaian yang saya. Video itu agak panjang, mungkin ada perkara-pekara yang tidak dilihat terlalu terperinci, jadinya ada bahagian yang tidak sepatutnya dimuat naik.
Terdahulu, Tya memuat naik sepotong video memperlihatkan dirinya sedang memasak dan berkongsi resepi kepada pengikutnya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas bercakap mengenai pakaian yang digayakan Tya dalam video terbabit apabila dikatakan kurang sesuai dan sedikit menonjol.