Pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman memaklumkan dia mengalami alahan yang teruk pada awal kehamilannya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Teka Teki Akhirnya Terjawab! Tyra Kamaruzzaman Dedah Kini Berbadan Dua
Artikel berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Tinggal Sebumbung Dengan Keluarga, Tiada Perancangan Nak Beli Rumah – ‘Tak Rasa Sunyi Kalau Emran Pergi Kerja’
Alami alahan teruk
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman, 25, mendedahkan suaminya, Emran Rijal yang terlebih dahulu mengalami alahan tersebut.
Menurut Tyra, dia hanya mahu menghabiskan masa di atas katil selain tidak keluar dari rumah selama berbulan-bulan.
Pada mulanya saya tak ada apa-apa (alahan) tapi Emran yang kena. Dia yang dapat semua alahan. Ia sangat kelakar sebab saya macam ala kesiannya dia yang mual-mual semua. Tapi terlalu awal untuk saya katakan itu jadi selepas itu saya pula yang dapat.
‘Morning sickness’ saya sangat teruk! Saya sampaikan tak boleh nak tinggalkan katil, tak keluar rumah berbulan-bulan. Saya rasakan seperti tak normal sebab saya bukan seseorang yang tak suka keluar rumah malah saya juga tak suka keluar dari bilik.
Bagaimanapun, Tyra memberitahu dia terpaksa melawan diri untuk tetap mengambil makanan yang sihat bagi memastikan kandungannya mendapat nutrisi yang cukup.
Makan pun tak lalu asyik muntah setiap masa. Saya paksa juga diri makan untuk bayi dan ambil banyak buah-buahan dan tak tinggal supplement supaya bayi dapat nutrisi sekurang-kurangnya.
Dalam pada itu, dia bersyukur Emran sentiasa ada di sisi dan menjaga dengan baik sepanjang proses kehamilan.
Sekarang Alhamdulilah semakin bertambah baik dah. Emran banyak membantu. Sepanjang tempoh saya tidak sihat dan terbaring di atas katil, dia jaga saya dengan sangat baik tak ada mengeluh ke apa pun.
Dia memang buat saya macam seorang puteri lah jadi itu la rahsia untuk saya melaluinya saya rasa.
Untuk rekod, Tyra dan Emran mendirikan rumah pada 3 Mei lalu dan berkongsi berita kehamilan cahaya mata pertama mereka pada 3 Ogos lalu.
Sumber: Instagram