Pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Ahad iaitu pada tanggal 19 Januari 2025.
Artikel Berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Sah Bergelar Isteri Kepada Pereka Fesyen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tyra Kamaruzzaman Dedah Berat Badan Naik 14kg Sepanjang Hamil – ‘Kita Dah Tak Hot Dah’
Tyra, suami sambut anak pertama
View this post on Instagram
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram sambil mempamerkan foto Tyra atau nama lengkapnya Athirah Kamaruzzaman bersama suami iaitu Imran Rijal dan puteri sulung mereka yang diberi nama, Tyara.
Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025
Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman
Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.
Komen
Sumber: Instagram Tyra Kamaruzzaman