Pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman memberitahu dia dan suami iaitu Emran Rijal tinggal sebumbung bersama keluarga selepas berkahwin.
Artikel berkaitan: ‘Wanita Boleh Beri Banyak Sekiranya Dia Cukup’ – Tyra Kamaruzzaman Jawab Isu ‘What Women Bring To The Table’
Artikel berkaitan: ‘Orang Yang Bahagia Tak Akan Ada Masa Bercakap Tentang Kehidupan Orang Lain’ – Tyra Kamaruzzaman
Tinggal sebumbung dengan keluarga
Menerusi hantaran di Instagram Story, Tyra berkata, dia juga tiada perancangan untuk membeli rumah mereka sendiri.
Ramai orang tanya benda ni. Sebenarnya kami tidak ada (rumah sendiri). Kami tak rasa perlu pun buat masa sekarang sebab saya enjoy tinggal di sini (rumah keluarga).
Tak rasa sunyi kalau Emran pergi kerja, saya boleh turun bawah dan lepak dengan kakak-kakak saya, adik-beradik saya, anak-anak saudara saya. Semua orang dekat rumah.
Saya rasa lebih seronok macam ini. Mungkin nanti dah dapat ramai anak, itu lain cerita lah.
Dalam pada itu, Tyra mengatakan dia tiada masalah untuk tinggal bersama keluarga sendiri atau mentua selepas berkahwin.
Malah, bapanya turut mengizinkan Emran menggunakan muzium koleksi barangan peribadi untuk dijadikan tempat urusan perniagaannya.
Betul. Ayah saya siap izinkan Emran pakai muzium dia sebagai pejabat sementara lagi untuk buat ‘live’ dan berjumpa klien. Kalau awak tahu bertolak ansur okay je tak ada masalah.
Untuk rekod, Tyra telah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen, Emran Rijal pada 3 Mei lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram