Nama pemenang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Tyzo menjadi bualan hangat di media sosial selepas kontrak di sebuah stesen radio swasta ditamatkan semalam (Jumaat).
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini’ – Tyzo Xander
Artikel Berkaitan: ‘Siap Unfollow Tyzo, Cuak Sangat Ni..Dasar Fake!’ – DJ Selangor FM
Minta gaji tinggi?
Memetik laporan Malaysia Gazette, faktor kontrak Tyzo tidak disambung gara-gara dia meminta kenaikan gaji tinggi selepas memenangi anugerah selain mendapat tawaran di stesen radio lain.
Atas keputusan itu, Tyzo sedia menyambung kontraknya dengan memberi pelbagai syarat termasuk akan berkhidmat pada tempoh tertentu dan boleh meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.
Menurut sumber, pihak syarikat hanya mampu memberi sedikit kenaikan dan tidak dapat memenuhi permintaan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain.
Selepas keputusan itu dibawa kepada pengurusan tertinggi syarikat telah berpendapat agar kontrak Tyzo ditamatkan dan mencari penyampai yang baharu.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata dia bakal mengadakan sidang media pada Jumaat depan bagi menjelaskan situasi sebenar.
Insya-Allah, Jumaat depan kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.
Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan. Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan sehingga Jumaat nanti.
Semalam, di Instagram (IG), Tyzo, 57, memberitahu ketiadaannya di Suria FM bukanlah keputusan serta kehendak yang dibuatnya sendiri. Susulan penamatan kontrak itu, DJ Lin diserang teruk oleh netizen yang tidak berpuas hati.
Sumber: Malaysia Gazette