Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai dakwaan segmen kendalian DJ Tyzo dan Sharifah Shahirah menunjukkan penurunan.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Minggu Pendengar DJ Lin Antara Tertinggi, Tiada Sebab Untuk Dipecat’ – Pengerusi Stesen Radio
Artikel Berkaitan: Netizen Lancar Petisyen, Minta DJ Lin Letak Jawatan – ‘Kami Percaya Dia Sudah Tidak Relevan’
Berikutan daripada itu, Tyzo tampil menunjukkan bukti dan sekali gus menyangkal dakwaan tersebut.
Biar gambar berbicara
Kecoh sangat pasal rating, biarlah gambar berbicara. Ini data rating jumlah pendengar. Alhamdulillah bagi tahun 2022 hingga 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang 4 kali survey berturut-turut. Gambar tersebut dibentang dan ditulis tangan sendiri di Whiteboard oleh GM. Sekian.
Menurut Tyzo, sepanjang tahun 2022 dan 2023, segmen Suria Petang meraih jumlah pendengar tertinggi sepanjang empat kali survey dijalankan.
Bekas penyampai Suria Petang ini turut menunjukkan bukti segmen kendaliannya paling teratas. Manakala segmen DJ Lin pada waktu malam berada di kedudukan tercorot.
Menerusi pemerhatian OhBulan! rating survey tersebut adalah perbandingan di antara empat segmen utama stesen radio tersebut iaitu segmen pagi, siang, petang dan malam.
Terdahulu, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media pada petang Jumaat, berkata tiada sebab untuk memecat DJ Lin kerana penyampai itu menunjukkan prestasi yang bagus dan mengekalkan rating tertinggi setiap minggu.
Sumber: Tyzo