Dalam sebuah kediaman, bilik air atau kamar mandi merupakan salah satu ruangan yang paling penting. Bak kata orang, kalau nak tahu individu itu pembersih atau tidak lihatlah bilik airnya.
Selain daripada kebersihan, ada sesetengah orang sangat mementingkan dekorasi supaya kamar mandi kelihatan lebih ceria dan menarik. Di sini kami nak kongsi cara make over bilik air lama menjadi baru hanya menggunakan cat.
Make over bilik air lama
Sebelum
Toilet rumah lama je, ni tandas masterbedroon belah atas. Yg mana ade lubang2 tu boleh tutup dulu dgn cement grout warna putih.
Rupa bila dh di cat. Lantai dan dinding cat, yg bercorak tu wallpaper.
SEBELUM untuk toilet bawah..sama juga..sebelum sapu cat boleh tutup dulu lubang dgn cement grout
Untuk toilet bawah kite cat ala2 nude color. Sama juga, lantai dan dinding putih semua cat. Yg bercorak tu wallpaper.
Jenis cat
Ini cat untuk tiles toilet. Cat EA9 hanya terdpt dalam 5Liter shj anggaran hrga RM180. Cat EA4 Finish untuk 1Liter anggaran RM50 bergantung kepada kedai dan warna yg kite nak
Ini cat untuk tiles yang jarang kena air cth spt di dapur. Cat Hycote hanya terdpt dalam 5Liter shj anggaran harga dia- 1L RM98.70, 5L RM359.10 Cat EA4 Finish untuk 1Liter anggaran RM50 bergantung kepada kedai dan warna yg kite nak
Saya sertakan sekali warna2 yg ada, boleh berangan2 dulu nak cat warna apa.
Hasil selepas
Sumber : Khairunnisa Baharin