berita

Ubat Gigi Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was? Ini Cerita Menarik Tentangnya!

June 8th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

“Gunakan tanpa was-was”

Haa.. Korang yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ni? Tak lain dan tak bukan. Ini la tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi ni sangat ikonik pada tahun 90-an tau.

Tapi rasanya kita dah lama tak dengar cerita pasal ubat gigi Zaitun ni kan?

Ubat gigi Zaitun secara rasminya kini kembali di pasaran dengan wajah baru!

Korang dah dengar cerita tentang ubat gigi Zaitun? Katanya nak buat comeback. Eh, tak sangka pulak! Kali ni ubat gigi Zaitun kembali di pasaran dengan wajah baru secara rasmi. Wah!

Eh, ubat gigi Zaitun ke? Teringat masa budak-budak dulu!

Pada korang yang masih ingat produk Zaitun, mesti teruja tengok Zaitun dah buat comeback!

Pernah jadi jenama halal & mesra muslim pertama di Malaysia

Selamat digunakan tak? Memang selamat. Sampai sekarang ubat gigi Zaitun dijamin 100% halal. Paling hebat lagi, ia pernah menjadi jenama halal dan mesra Muslim pertama di Malaysia pada suatu ketika dulu tau.

Bukan setakat golongan dewasa je boleh menggunakannya. Ubat gigi Zaitun juga selamat digunakan oleh golongan kanak-kanak kerana tiada sebarang kandungan flourida didalamnya. Adik-adik jangan risau okay?

Produk berkualiti tinggi, lebih 40 tahun pengalaman dalam industri!

Dalam tak sedar, sebenarnya jenama Zaitun dah mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri penghasilan produk kecantikan dan penjagaan diri. Jenama ni terkenal dengan memiliki produk berkualiti tinggi. Fuh!

Walaupun dah lama tak dengar cerita tentang ubat gigi Zaitun, kualiti dan keselamatannya masih dikekalkan. Bukan tertumpu pada pengguna muslim je, tapi kali ni ia mampu dimiliki semua dan terhasil untuk semua pengguna.

Kotoran degil pada gigi hilang, mulut juga segar sentiasa!

Ubat gigi Zaitun dah wajah baru, kualiti dah semestinya lebih baik. Dengan formula yang dipertingkatkan, ia mengandungi bahan asas dalam penghasilan ubat gigi yang memberi pelbagai manfaat terhadap penjagaan mulut. Bagusnya!

Ubat gigi Zaitun membantu menghilangkan kotoran degil dan serpihan pada permukaan gigi yang berpunca dari minuman seperti kopi dan teh, aktiviti merokok dan sebagainya. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang membantu mengekalkan kesegaran mulut dalam jangka masa panjang.

Senang cerita, dengan ubat gigi Zaitun, gigi jadi lebih bersih dan mulut pun sentiasa segar.

2 jenis ubat gigi berwajah baru, harga mampu milik!

Kali ni Zaitun mengeluarkan dua jenis ubat gigi iaitu Ubat Gigi Pemutih (Whitening) dan Ubat Gigi Pudina Tambahan (Extra Mint). Nanti akan ada lagi pelbagai jenis ubat gigi Zaitun di pasaran. Ubat gigi khas untuk kanak-kanak pun ada. Tunggu tau!

Bukan setakat berkualiti, malah ubat gigi Zaitun dijual dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Di mana nak dapatkan ubat gigi Zaitun?

Korang boleh dapatkan ubat gigi Zaitun di pasaraya tempatan, kedai koperasi dan kedai runcit berdekatan seperti Segi Fresh, The Store, Pasaraya Pacific, Ikhwan Mart, Lesong Mart, Pasaraya Darussalam dan Malakat Grocer.

Kalau tak jumpa, korang boleh beli secara online di Shopee dan TikTok Shop mereka.

Zaitun ni dikenali ramai. Famous sangat sampaikan seluruh rakyat Malaysia tahu lagu dan liriknya. Siap boleh nyanyi sekali!

Ku kenali kesucianmu aneka jenis barangan bermutu
Zaitun, dari dulu sampai sekarang, keunggulanmu tetap berkekalan, penuh dengan keyakinan.
Zaitun suci, Zaitun segar, Zaitun tetap sejati

Zaitun, Zaitunnnnn…

Zaitun, gunakan tanpa was-was

Haa.. Jangan lupa follow TikTok mereka di @zaitun.official dan Facebook mereka di Facebook Zaitun Industry. Banyak content kelakar dan menarik yang korang boleh tonton di situ. Serius terhibur!

Nak info lebih lanjut tentang produk yang dikeluarkan oleh Zaitun? Korang boleh hubungi mereka di talian 03-6242 2055 atau e-mail ke [email protected]. Korang juga boleh terus ke laman web di www.zaitunbeauty.com. Gunakan tanpa was-was!

SKIP THIS AD ×