berita

Ucap Terima Kasih Kepada Yang Membantu, Azhan Rani Beri Teguran ‘Pedas’ Buat Penunggang Motosikal – ‘Mohon Jangan Bawa Macam Tu Lagi’

January 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Beberapa hari lepas, pelakon, Azhan Rani dilaporkan terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar – ‘Mohon Maaf Tak Jawab Call’

Ucap terima kasih pada yang membantu

Foto: Instagram Azhan Rani

Menurut perkongsian pelakon Beto Kushairy semalam, Azhan Rani terlibat dengan kemalangan motosikal selepas berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor pada Isnin. Beto berkata, kemalangan tersebut telah menyebabkan tulang bahu dan tiga tulang rusuknya retak, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Terkini, Azhan menerusi sebuah hantaran di laman Instagram berterima kasih kepada individu yang membantunya ketika kemalangan tempoh hari. Azhan berkata, beberapa individu telah mengangkatnya ke tepi jalan dan ada juga yang berjaya menghentikan lori daripada melanggarnya.

Buat bro Muhammad firdaus dan sesiapa saja yang bantu saya pada hari kejadian 17 Januari 2022 sekitar jam 12:30 tengahari di Jalan Templer Park menghala Kuala Lumpur. Semoga Allah merahmati kalian. Buat dua orang abang lori yang berdiri tu. Terima kasih kerana berjaya hentikan lori dan tak langgar saya.

‘Mohon jangan bawa motor macam tu lagi’

Azhan turut menitip ‘pesanan’ buat dua orang remaja yang didakwa menunggang motosikal tanpa mempedulikan pengguna jalan raya yang lain.

Buat dua orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba-tiba masuk lane saya nak buat u turn semoga korang tak apa-apa. Maaf abang tinggikan suara kat korang dalam ambulance haritu. Mohon jangan bawa motor macam tu lagi. Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur.

Menjengah di ruangan komen, seorang netizen mengaku bahawa anak saudaranya merupakan antara individu yang terlibat dalam kemalangan itu. Ujar wanita tersebut, anak saudaranya kini di hospital dan sedang menunggu untuk menjalani pembedahan jari kelingking. Tambah wanita itu, anak saudaranya mengalami kecederaan yang teruk di bahagian tumit.

Berikutan daripada pengakuan tersebut, Azhan Rani membalas komen berkenaan dan memohon agar wanita itu mengajar anak saudaranya tentang cara-cara untuk membawa motor dengan betul agar tidak membahayakan orang lain. Terkini, Azhan menerusi satu lagi hantaran memaklumkan yang dia bakal menjalani pembedahan memasukkan ‘plate’ di bahagian scapulanya yang pecah.

Cuma nak update. In shaAllah tengahari esok aku akan masuk surgery untuk masukkan plate dekat scapula yang pecah ni. Kata doktor akan ambik masa antara tiga ke empat jam.Kalau tanya  aku memang cuak la jugak. Tapi sahabat roommate umrah aku dulu pakar orthopaedic di Hospital UiTM Dr. @nizam_rozali cakap sunat lagi scary dari surgery ni. So aku acah-acah ok je la. In shaAllah. Mohon maaf pada semua atas salah silap selama ni. Terima kasih atas doa-doa semua.

Terima kasih juga pada semua yang menjaga saya di hospital ni dengan baik. Terima kasih atas prihatin dan kasih sayang semua pada saya. Sekali lagi maaf hari ni saya terlalu banyak urusan di sini harus diselesaikan. Tak dapat nak jawab dan reply semua. In shaAllah ada kelapangan saya update general saja. Mohon ampun dan maaf.

Sumber: Azhan Rani

SKIP THIS AD ×