Sempena hari ulang tahun kelahiran Fazura hari ini, penyampai radio DJ Sonic menitipkan ucapan istimewa buat sahabat baiknya itu.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Yang Rapat Sahaja Tahu Hebat & Baik Insan Bernama Fazura’ – Dj Sonic
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi Curang, Sedih Fazura Fail Cerai – ‘Saya Tahu Mengenai Permohonan Perceraian Melalui Media Sosial’
Artikel Berkaitan: Fazura Failkan Penceraian Sehari Sebelum Ulang Tahun Kelahiran Fattah Amin?
Hebat wanita ini
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Dj Sonic mengucapkan selamat hari lahir buat aktres jelita itu. Dj Sonic mendoakan setiap perjalanan hidup Fazura dipermudahkan oleh Allah.
Hadirkan segala kegembiraan, kurniakan kesihatan yang baik ! Sinari cahaya baru dalam perjalanan seterusnya. Hapuskan memori pahit ,kekal kuat untuk harungi segala ujian Allah.
Menjadi ibu hebat untuk Nyamma dan keluarga Faz. Hebat wanita ini, tetap jaga aib, jaga tutur kata supaya tiada siapa yang terluka hakikatnya hanya dia yang tahu apa yang berlaku. Terus kuat, Ramai sayang Faz ! Aamin
Terdahulu, Dj Sonic memberitahu kepada OhBulan! sahabat baiknya itu tidak pernah bercakap buruk mahupun bercerita mengenai masalah rumah tangga kepada sesiapa.
Dengan nama Allah Fazura tidak pernah bercerita hal rumah tangga dia dengan saya.
Mengenali Fazura, dia tak pernah bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya dia selalu memuji suaminya itu seorang bapa yang baik.
Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin.
Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: DJ Sonic