berita

UChat Bawa Chung Ha Datang Malaysia April Ni, Siap Dengan Konsert & Food Truck. Ada Apa Ea?

March 28th, 2019 | by Nurul
Shout Out!

Eh, bulan depan dah bulan April la! Kalau di Thailand, bulan April adalah antara bulan yang paling ditunggu-tunggu sebab ada Perayaan Songkran! Dengan cuaca yang panas kat Malaysia sekarang ni, bestnya kalau boleh main air macam pesta Songkran ni kan?

Korang yang nak merasa sambutan Songkran ni, tak payah dah susah-susah nak pergi Thailand sebab tahun ini, UChat akan bawakkan Songkran kepada korang! Biar betul? Bila tu?

Go cashless dengan UChatPay!

Dato’ Allan Goh, Pengarah Urusan i-Serve sedang berucap sempena pelancaran UChat Songkran Day-Out

Baru-baru ini, i-Serve, sebuah organisasi yang mempunyai kepakaran dalam penyelesaian pembayaran dalam talian, pembangunan web dan aplikasi, e-tiket dan e-wallet telah melancarkan UChat Songkran Day-Out yang akan diadakan pada 13 dan 14 April ini. Yeay!

Mereka juga telah memperkenalkan aplikasi pertama di Malaysia yang menggabungkan aplikasi messenger dan e-wallet iaitu UChat.

Menurut Dato’ Allan Goh, Pengarah Urusan i-Serve, kita perlu seiring dengan perkembangan teknologi yang makin pesat di seluruh dunia. Oleh itu, i-Serve ingin mengubah mentaliti rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka untuk mencuba e-wallet. Untuk itu, UChatPay direka khas bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia ke arah transaksi tanpa tunai.

Menariknya, semua transaksi bermula daripada pembelian tiket dan sepanjang UChat Songkran Day-Out nanti juga tidak akan menggunakan wang tunai, sebaliknya hanya akan menggunakan UChatPay. So, tak payahlah korang bawak cash banyak-banyak nanti, bawak smartphone pun dah cukup.

Main air, layan konsert dan isi perut di food truck yang menjual Thai dan local foods..

Selain main simbah-simbah air, ada banyak lagi aktiviti bertemakan air seperti water gun deathmatch, water balloon dodgeball, giant water pong, water balloon volleyball, water soccer, tug of war dan banyak lagi! Memang seronok kalau datang dengan keluarga dan kawan-kawan!

Haa..antara aktiviti air yang paling gempak adalah Challenge the InstaCelebs, di mana terdapat 36 selebriti Instagram yang akan join aktiviti ni!

Bagi peserta yang nak join, korang kena bentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada 5 orang ahli iaitu seorang kapten dari pemegang tiket VIP Experience dan 4 orang ahli dari pemegang tiket VIP Experience atau Premium Zone. Bila dah ada team tu, korang kena cepat-cepat book slot untuk mencabar selebriti Instagram pilihan korang.

Siapa yang beli tiket VIP Experience dan Premium Zone ni memang syok habis lah sebab korang akan dapat banyak kelebihan seperti dapat layan konsert dari artis antarabangsa dan tempatan yang akan membuat persembahan di UChat Songkran Day-Out nanti!

Bukan calang-calang artis yang datang tau. Antaranya ialah, bintang Kpop Chung Ha, idol wanita popular Thailand BNK48 serta penyanyi popular kacukan Jerman-Thai, Jannine “Ploychompoo” Weigel.

Artis tempatan yang akan hadir pun tak kurang hebatnya seperti Bunkface, Elizabeth Tan, Min Chen, Priscilla Abby dan As’ad Motawh! Yeah!

Haa..bila dah penat main air tu, perut laparlah pulak! Tak payah risau, kat sana nanti ada banyak food truck yang menjual makanan Thai dan juga local foods untuk isi perut korang. Aduhh..terbayang Thai Iced Tea dengan Tom Yam.

Nah details pasal UChat Songkran Day-Out ni:

Tarikh: 13 dan 14 April 2019

Tempat: Setia City Oval Lawn, Setia Alam

Masa: 10 pagi hingga 9 malam

Macam mana nak beli tiket?

Haa..tak payah susah-susah nak beratur beli tiket, beli aje menggunakan aplikasi UChat! Korang boleh download aplikasi UChat ni di Google Play Store atau App Store.

Eh, dengar cerita, korang boleh dapat diskaun sehingga 20% untuk tiket VIP Experience dan Premium Zone tau! Tapi terhad untuk 1000 tiket sahaja. Jadi, cepat-cepat grab, nanti melepas, rugi!

Korang yang belum ada aplikasi UChat ni, jom download sekarang ok! Tak sabar nak main tembak-tembak air dengan korang nanti. See ya!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram UChat.

SKIP THIS AD ×