Pelakon dan pempengaruh, Ucop memberikan pendapatnya terhadap tindakan segelintir pempengaruh lelaki yang berani berpenampilan serta bersolek persis seperti wanita di media sosial.
Artikel Berkaitan: Influencer Wanita Dikecam Sebab Hina Individu Berbadan Besar
Kena berpada-pada
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Mohd Yusof Hashim ini berpendapat tidak menjadi masalah sekiranya mereka memilih untuk bersolek bagi ‘content’ yang mereka lakukan tetapi haruslah berpada-pada.
Sebenarnya ia terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau dia nak jadi perempuan, kita pun tahu apa akibatnya kan? Perkara itu tidak kena dengan tradisi di negara kita.
Setiap orang bebas untuk buat ‘content’ macam mana sekali pun asalkan ia memberi manfaat kepada komuniti.
Tetapi kalau mereka bersolek hanyalah untuk ‘content’ semata-mata, pada saya ia tidak menjadi satu masalah.
Cuma, mereka perlu melakukan pengagihan terhadap watak yang mereka bawa dalam media sosial dengan watak sebenar mereka di dunia nyata.
Ucop berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod pertama drama bersiri ‘The Secret’ yang diadakan di GSC Mid Valley pada petang Selasa.
Fikir sebelum buat
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga menitipkan nasihat kepada semua pempengaruh untuk berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa ‘content’ yang boleh menjatuhkan maruah agama.
Kita kena tengok boleh ‘content’ yang macam mana seseorang itu buat.
Kalau ‘content’ yang dibuat itu mengaitkan agama, mereka sebagai pencipta kandungan perlu berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik supaya tak menimbulkan spekulasi kepada umum.
Saya sendiri pernah (melakukan konten) macam itu tapi saya tak kan pernah bawa perkara itu dalam kehidupan nyata.
Apa yang saya buat hanyalah konten semata-mata dan karakter itu hanyalah dibuat-buat dan persona hanya ketika saya melakukan content.
Terbaharu, Ucop bakal tampil menerusi satu drama bersiri ‘The Secret’ yang akan mula ditayangkan pada 22 Ogos ini menerusi penstriman Viu.
Selain Ucop, drama bersiri ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Siti Saleha, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.