berita

UEFA Bagi Amaran Denda Pasukan Sekiranya Pemain Alih Minuman Penaja

June 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kesemua pasukan yang beraksi di Euro 2020 bakal berdepan denda sekiranya pemain mereka mengalihkan minuman yang disediakan oleh penaja ketika sidang media berlangsung.

Perkara tersebut diumumkan oleh Uefa selepas kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dan pemain Perancis iaitu Pogba mengalihkan dua botol minuman berkarbonat sambil menggalakkan orang ramai minum air kosong semasa sidang media tersebut berlangsung.

Penaja sangat penting

Uefa mengingatkan kepada semua pasukan bahawa penaja sangat penting dalam menjayakan kejohanan ini. Tambah Uefa, tanpa penaja pembangunan bola sepak di serata Eropah termasuk belia dan wanita tidak dapat membangun sehebat ini.

Menurut Pengarah Uefa, Martin Kallen, pemain perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh badan bola sepak Eropah itu. Walau bagaimanapun, dia faham mengenai tindakan Pogba selaku seorang Muslim yang melakukan perkara tersebut atas sebab fahaman agama. Namun begitu, semua pasukan diingatkan mengenai peraturan sedia ada dan pihaknya akan mengambil tindakan disiplin. Berhubung soal denda, Martin berkata ianya tidak akan dikenakan secara terus ke atas pemain.

Kami tidak akan mengenakan denda ke atas pemain sebaliknya ke atas pasukan. Buat masa ini, tiada tindakan terus daripada pihak kami ke atas ketiga-tiga pemain tersebut mahupun kelab pasukan mereka.

Minum air kosong

Terdahulu, Ronaldo telah mengalihkan dua botol minuman berkarbonat sambil mengangkat botol air kosong kepada media. Ronaldo dipercayai menggalakan orang ramai untuk minum air kosong berbanding air berkarbonat tersebut. Sehari selepas itu, Pogba turut mengikuti jejak langkah Ronaldo dengan mengalihkan sebotol minuman keras daripada meja sidang media. Pemain Itali iaitu Manuel turut dilihat menggantikan air yang ditaja itu dengan air kosong yang dibawa olehnya sendiri.

Berikutan daripada itu, pihak Uefa berasa kurang senang melihat tingkah laku ketiga-tiga pemain tersebut yang didakwa tidak menghormati perasaan para penaja.

Sumber: BBC

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×