Di Kangar, Perlis, seorang lelaki berusia 54 tahun direman selama tujuh hari selepas disyaki merogol anak kandungnya yang baharu habis berpantang. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di rumah mereka pada bulan lalu.
Ugut mahu cedera cucu
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan berkenaan selepas suspek ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Suspek yang berusia 54 tahun itu ditahan di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Ketika kejadian, suspek dipercayai mengugut mahu mencederakan cucunya jika permintaannya tidak dituruti. Bimbang dengan ugutan tersebut, wanita itu terpaksa merelakan tindakan bapanya. Suami wanita tersebut dipercayai tidak berada di rumah ketika kejadian itu berlaku. Laporan polis dibuat oleh mangsa kerana tidak tahan dengan perbuatan bapanya yang memaksa dirinya melakukan hubungan seksual.
Sumber: Harian Metro