berita

UiTM Perkenal Konvokesyen Secara Temu Janji

September 30th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini memperkenalkan istiadat konvokesyen secara temu janji bagi penganugerahan diploma dan ijazah bagi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K) para graduan, ibu bapa serta warga kerja yang terlibat.

Langkah berjaga-jaga

Gambar sekadar hiasan

“Janji temu yang diperkenalkan ini mengambil kira pelbagai aspek berkaitan 4K dengan merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi,”

Menurut UiTM, langkah tersebut dilakukan berikutan pandemik Covid-19 yang masih tiada kesudahan dan peningkatan kes yang tidak dapat dijangka. Sesi penganugerahan diploma dan ijazah secara temu janji ini akan dilaksanakan bermula 7 Nov ini sehingga 9 Jan tahun hadapan dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang namun tertakluk kepada sebarang pindaan.

Sesi penganugerah itu akan berjalan di UiTM Shah Alam dan seluruh kampus cawangan, berdasarkan pemilihan kampus yang terdekat oleh graduan tanpa mengambil kira tempat asal pengajian.

Masih berpeluang menyarung jubah

Gambar sekadar hiasan

UiTM turut menjelaskan, menerusi konvokesyen secara temu janji ini, graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesyen, bergambar, dan menerima skrol, transkrip seperti istiadat konvokesyen yang diadakan sebelum ini.

Graduan boleh membuat permohonan untuk menerima diploma dan ijazah menerusi Sistem Janji Temu Penganugerah Diploma Ijazah di laman sesawangan https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-92 ini akan melibatkan seramai 22,834 graduan bagi penganugerahan diploma dan ijazah secara temu janji dan seorang graduan dianggarkan mengambil masa antara tujuh hingga 15 minit bagi setiap graduan.

Sepatutnya, istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-92 dijadualkan bermula 24 Mac lepas ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan pada 18 Mac lepas.

Sumber: Bernama 

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×