berita

Ujian Bila Anak Hadir Dalam Hidup- Pensyarah Kongsi Cabaran ‘Berat’ Saat Kita Dianugerahkan Anak

September 15th, 2016 | by Shafika
Kini Trending

anakanak

                                                                        (Sekadar gambar hiasan)

Dalam pandangan Islam, anak adalah anugerah yang diberikan Allah pada para orang tuanya. Kehadiran anak disebut berita baik, penyejuk pandangan mata, dan juga merupakan perhiasan hidup di dunia. Anak juga sebagai bukti kebesaran dan kasih sayang Allah, pelanjut, penerus dan pewaris orang tua.

Tetapi apakah sempat terpikir oleh kita semua bahawa anugerah tersebut dapat menjadi suatu ujian bagi kita? Hal itu pasti akan terjadi apabila kita sebagai orang tuanya tidak dapat menempatkan anugerah tersebut dengan sebagaimana mestinya. Ikuti perkongsian seorang pensyarah mengenai cabaran anak anak dalam kehidupan hari ini.

Tidak boleh mengandung

muslimah-menangis

(Sekadar gambar hiasan)

Cabaran anak-anak.

Tiga tahun pertama perkahwinan adalah fasa yang sungguh-sungguh akan menguji, dan antara ujian besar dalam fasa ini adalah cabaran yang melibatkan anak-anak.

Pertama adalah cabaran tanpa anak. Selepas 6 bulan berkahwin, orang akan mula bertanya, “tak ada apa-apa ke?”, ketika ini mungkin masih cool dan boleh melawak dalam menjawab, tapi selepas setahun, bila soalan bertukar sindiran, hati akan mula panas dan resah. Hati bagai disiat-siat bila ada yang berkata yang bukan-bukan.

Jumpalah dengan pakar reproduktif selepas setahun kandungan gagal lekat. Ada cara-cara saintifik seperti permanian beradas yang terbukti telah memberi khabar gembira buat pasangan yang telah menanti dengan amat lama.

Besar ujian mereka yang diuji tanpa anak ini. Apatah lagi bila disahkan tidak boleh mengandung atas sebab-sebab kesihatan. Kepada mereka yang diuji begini, moga-moga kesabaran mereka akan menjadi asbab kasih sayang dan pengampunan Allah.

Rutin kehidupan yang menguji

Kemudian, ujian bila anak mula hadir dalam hidup. Rutin kehidupan berubah. Tidur malam tidak lagi selena dahulu. Tangisan bayi awal-awal memang membahagiakan, tapi jika setiap malam, memang akan benar-benar menguji kesabaran. Saya sendiri pernah berada dalam kedudukan terpaksa memasak untuk isteri berpantang dalam keadaan saya langsung tidak tahu memasak. Bergegas ke sana ke mari menguruskan rumah dengan anak-anak lain yang juga masih memerlukan perhatian.

Masih teringat, malam-malam kami yang cemas akibat tidak tahu kenapa si anak menangis deras. Sungguh penting sokongan suami pada saat-saat isteri sedang sarat, ketika hendak melahirkan, dan ketika dalam pantang. Sokongan yang lemah boleh menyebabkan isteri meroyan. Bahaya.

Bila anak hadir dalam hidup, minda kita perlu di reset semula, jadual kehidupan dan keutamaan perlu diatur. Duit belanja susu, lampin, baju, toiletries, ubat-ubatan, bukan sedikit pada zaman sekarang. Jika dulu, hujung minggu boleh berkayuh bersama rakan-rakan beratus-ratus kilometer, ketika anak masih amat kecil dan isteri perlu sokongan yang tidak sedikit, jumlah kilometer itu mungkin terpaksa dikurangkan.

Anugerah anak istimewa

anakistimewa

(Sekadar gambar hiasan)

Ada juga yang diuji dengan anak yang tidak selesai-selesai urusan kesihatannya, dan yang lebih besar, dikurniakan anugerah anak istimewa. Memang akan terbit rasa sedih dan cemburu bila lihat anak orang lain dengar kata, cepat bercakap, cepat berjalan, cepat itu dan ini, apatah lagi bila yang membanding-banding itu dari kalangan mereka yang kita sayangi dan hormati.

Anak-anak ini berbeza dan Allah tidak pernah silap memilih kita sebagai ibu bapa bagi anak yang ada di depan mata kita sekarang. Jangan banding-banding kerana ia tidak adil buat anak-anak. Apa jua yang berlaku dalam kita membesarkan anak-anak ini, pasti, PASTI ada hikmahnya yang kita tidak dapat lihat di depan mata. Setiap jerih payah yang kita lalui dalam membesarkan anak-anak, akan ada ganjaran yang menanti.

Moga Allah mengurniakan kita semua anak-anak yang bakal menjadi penyejuk mata. Insya-Allah.

Sumber : Hisham Sharif

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×