berita

Ulama Terkenal Indonesia Nafi Dakwaan Anak Cabul 5 Gadis Bawah Umur – ‘Semuanya Adalah Fitnah’

July 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Ulama terkenal di Jombang, Indonesia, KH Muhammad Mukhtar Mukhti, meminta jasa baik pihak polis supaya tidak menangkap anaknya yang dikatakan mencabul pelajar perempuan dan beliau percaya ia merupakan fitnah semata-mata.

Difahamkan, permintaan tersebut dilakukan menerusi acara tausiah yang dihadiri ratusan jemaah Shiddiqiyyah di Pondok Pesantren Majmaal Bachroin Hubbul Wathon Minal Iman Shiddiqiyyah, Desa Losari, Jombang.

Minta polis tak tangkap anak

Foto: Detik

Ujar Ketua Polis Jombang, Moh Nurhidayat menerusi laporan CNN Indonesia, suspek, Much Subchi Azal Tzani (Mas Bekhi), 42, merupakan penjaga di pondok berkenaan dan berjaya meloloskan diri ketika dikepung anggota polis.

Demi keselamatan kita bersama, demi kejayaan Indonesia Raya, ini adalah fitnah terhadap keluarga saya. Kembalilah ke tempat masing-masing dan jangan ambil anak saya. Semuanya adalah fitnah, Allahu Akbar.

Bagaimanapun, proses perundingan tidak berjalan seperti mana yang diharapkan berikutan melibatkan ratusan pengikut Kiai dan anakya.

Ratusan pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata dikerahkan ke pondok pesantren itu sehingga suasana bertukar tegang.

Mengulas lebih lanjut, akses masuk ke kawasan sekolah itu turut dikawal oleh ratusan pengikut ulama tersebut.

Cabul 5 pelajar

Foto: Warta

Ujar wakil Ketua Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama Jawa Timur, KH Abdul Salam Shohib, sebagai rakyat yang baik mereka perlu taat kepada undang-undang dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Prinsipnya sebagai warganegara yang baik, siapapun perlu taat undang-undang. Ini kerana, anggota polis hanya melaksanakan tugas mengikut prosedur.

Difahamkan, suspek berdepan pertuduhan pemerkosaan dan perbuatan cabul terhadap lima pelajar perempuan di bawah umur. Namun, sehingga kini suspek masih belum ditahan pihak polis walaupun proses perbicaraan sudah berjalan selama dua tahun.

Sumber: CNN Indonesia 

SKIP THIS AD ×