Pelakon, Datin Seri Umie Aida mendedahkan ibu tercintanya yang mesra dipanggi Mak Semah tidak membenarkan dia dan adik-beradik yang lain untuk memasak hidangan Hari Raya Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: Umie Aida Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah, Selalu Paksa Diri Cari Ilmu Allah – ‘Kena Ada Usaha, Jangan Berdoa Sahaja’
Ibu tak bagi anak-anak masak
Ketika ditemui OhBulan!, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali berkata, sekiranya dia dan adik-beradik yang lain berbuat demikian, ibunya itu pasti akan berkecil hati dengan mereka.
Saya rasa syukur sangat dengan rahmat Allah yang sangat luas apabila masih diberi peluang untuk menyambut raya bersama ibu saya.
Dan ibu saya ini dia ada satu pantang dalam diri dia iaitu kami adik-beradik tak boleh sediakan hidangan hari raya sebab nanti dia akan kecil hati.
Dia nak sediakan juga sendiri dan kalau kami buat juga, dia akan bermasam muka sampai bergaduhlah dengan anak-beranak dia.
Ibu saya macam itu sebab dia akan ‘happy’ bila tengok anak-anak dia makan masakan dia.
Ketika ditanya masakan kegemaran sewaktu hari raya, pelakon filem ‘Embun’ ini mendedahkan juadah ketupat dan rendang yang disediakan ibunya menjadi pilihan setiap kali menyambut hari raya.
Ketupat dan rendah ibu saya memang menjadi pilihan sebab sedap sangat, tapi selain itu macam-macam lagilah kalau nak sebut satu-satu.
Kalau nak tahu, ketupat, rendang daging dan ayam itu adalah hidangan yang akan disediakan sendiri oleh ibu saya.
Tapi kita sebagai anak kalau balik rumah itu, adalah juga bawa hidangan lain waktu hari raya. Asalkan makanan itu tak sama dengan apa yang ibu hidangkan.