berita

Umie Aida Luah Pendapat Isu Anak Norman Hakim & Abby Abadi? – ‘Bukan Nak Back Up, Tapi Bagi Mereka Ruang’

September 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Umie Aida

Sejak beberapa hari lalu, nama anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi topik bualan hangat wargamaya selepas dia didakwa menjadi penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Update Sebab Tiada Idea’ – Abby Abadi Minta Doa Orang Ramai

Artikel Berkaitan: ‘Yang Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka’ – Norman Hakim Mohon Maaf Bagi Pihak Anak

‘Bagi mereka ruang’

Umie Aida

Isu tersebut telah menyorot perhatian orang ramai termasuk pelakon Datin Seri Umie Aida. Biarpun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun perkongsian Umie di Instagram miliknya baru-baru ini seakan berkaitan dengan kontroversi tersebut.

Menerusi perkongsian itu, Umie berharap semua pihak berhenti mengulas isu tersebut dan memberikan ruang kepada mereka yang terbabit.

Kecoh satu Malaya, macam kes kerat orang. Cukup-cukup la tu. Bagi ruang untuk mereka.

Sementara itu, di ruang kapsyen Umie menegaskan tujuannya berkata demikian bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak, sebaliknya hanya berharap mereka yang terlibat dapat selesaikan masalah itu secara privasi.

Ya Allah, dari semalam saya buka IG semua fasal isu tu. Bukan saya nak back up, tapi tolong la, bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah itu.

Ingat, ujian kita di hari akan datang kita tak tahu. Maka berdiam adalah yang terbaik.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan anak kepada Abby iaitu Marissa Dania, 18.

Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya yang dikenali sebagai Aslam selepas tiga tahun mereka melayari bahtera rumah tangga.

Sabtu lalu, Marissa tampil memuat naik kenyataan di Instagram mengaku bersalah menjadi orang ketiga sehingga berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga wanita terbabit.

Bagaimanapun, Marissa menegaskan bahawa tidak semua yang diperkatakan mengenai dirinya itu adalah seratus peratus benar.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×