berita

Kisah Penghijrahan : Ummi Nazeera Akui Lupa Baca Quran

August 28th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen-Shot-2014-07-01-at-11.50.46-AM-630x346

Sejujurnya, rasa semakin seronok pula apabila melihat ramai selebriti wanita Malaysia yang sudah pun mengenakan hijab dan sudah pasti penghijrahan mereka itu diiringi dengan niat yang suci untuk mendalami agama Islam.

Artikel Berkaitan: Dah Kurang Berlakon : Ummi Nazeera Akui Lebih Selektif Lepas Berhijab

Tidak terkecuali, pelakon muda, Ummi Nazeera yang kini sudahpun menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan perniagaan di Melbourne.

Mengakui pernah mengelak untuk bertemu media buat seketika, Ummi ketika ditemubual semalam dilihat lebih terbuka untuk berkongsi kisah penghijrahannya kepada umum.

Screen Shot 2014-08-28 at 1.03.40 AMUmmi kini juga dilihat lebih gemar berkongsi foto mengandungi ayat-ayat Al-Quran

“Ia berlaku tahun lepas semasa saya di Melbourne. Masa tu saya ada sedikit salah faham dengan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat yang saya tak bolehlah nak kongsikan di sini. Walaupun pada masa itu saya dapat kebebasan yang saya inginkan, tapi saya rasa sangat kosong dan saya sedar bahawa hanya Allah SWT yang sentiasa ada dengan saya.

Jadi, saya mula sedikit demi sedikit untuk solat cukup 5 waktu dan saya doa kepada Allah SWT agar beri petunjuk kepada saya. Masa tu saya tak boleh baca Al-Quran, masa kecil saya dah belajar dah membaca Al-Quran, tetapi saya sudah lupa. Jadi, ada orang  ajar saya baca Al-Quran. Dan, masa tu saya rasa Islam itu sangat indah.”

Ummi turut memberitahu bahawa penghijrahannya bukanlah satu perkara yang mudah kerana dia telah diduga dengan pelbagai cabaran.

“Terlalu banyak sangat dugaan sampai saya rasa nak terduduk. Malah, salah satu sebab saya tak mahu berubah masa itu ialah sebab saya takut ia akan mengehadkan karakter saya.

Semasa saya dalam proses penghijrahan, ada dua tawaran yang betul-betul menguj iman saya. Kemudian saya sedar itu hanyalah dunia semata-mata dan saya bersyukur kerana tolak tawaran itu.”

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×