Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia bakal berdepan hukuman penjara selama 20 tahun berikutan perbuatannya mencabul tiga kanak-kanak yang masih di bawah umur.
Cabul tiga budak
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Kompas, suspek yang berusia 52 tahun melakukan perbuatan keji itu secara berulang kali sejak Julai hingga Ogos lalu. Menurut sumber, suspek dipercayai menggunakan anak saudaranya untuk mengajak ketiga-tiga rakannya (mangsa) bermain di rumah.
Selepas ketiga-tiga mangsa tiba di rumah, suspek meminta anak saudaranya itu ke kedai untuk membeli jajan. Siapa sangka, ketika itulah suspek mula melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Suspek dikatakan mengumpan mangsa untuk bermain dengan kucing dan ikan terlebih dahulu. Selepas mangsa leka, suspek mula mencabul seorang demi seorang. Perbuatan keji itu akhirnya terbongkar selepas mangsa menangis dan mengadu kesakitan. Difahamkan, ketiga-tiga mangsa baru berusia tujuh, lapan dan sembilan tahun.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan jika sabit kesalahan, suspek bakal dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.
Sumber: Kompas