berita

‘Umpan’ Mangsa Di Kelas Keagamaan, Paderi Korea 54 Tahun Ditahan Cabul 6 Warga OKU Tempatan

December 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang paderi warga Korea telah ditahan oleh pihak polis susulan tuduhan mencabul lima mangsa. Paling mengejutkan apabila mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU). Difahamkan, paderi korea itu menggunakan ‘taktik’ orang bawahan perlu ‘taat’ dengan arahan yang diberikan olehnya. Kejam!

Enam laporan diterima

Sekadar gambar hiasan

Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, pihaknya telah menerima enam laporan berkaitan seorang paderi warga Korea yang didakwa mencabul lima orang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori pekak dan bisu. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, lima kertas siasatan dibuka di Pulau Pinang manakala satu di Selangor. Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara 2011 dan 2016.

Mangsa yang berumur antara 27 dan 40 tahun dipercayai ‘lambat’ membuat laporan berhubung kes yang menimpa mereka. Sebelum ini, BERNAMA melaporkan pihak polis sudah menahan seorang paderi bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul yang terjadi di Pulau Pinang. Kini, suspek yang merupakan seorang OKU, berusia 54 tahun, telah direman enam hari semenjak 13 Disember yang lalu.

Modus operandi

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan suspek dan mangsa berkenalan semasa menghadiri upacara keagamaan dan melakukan aktiviti-aktiviti di gereja. Suspek dipercayai telah mencabul mangsa dengan cara memeluk, menyentuh, mencium dan menggeselkan kemaluan mangsa. Kejadian tersebut berlaku di gereja, di dalam kereta dan di rumah suspek pada tahun 2011 hingga 2016.

Kini, suspek akan berhadapan dengan dua tuduhan di Mahkamah Butterworth Pulau Pinang pada 21 Disember ini

 Siaran media

SKIP THIS AD ×