berita

Uncle Kentang Jual Peti Ais, Tilam & Pelbagai Barang Semurah 10 Sen Di Puchong

June 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Terkenal dengan sifat pemurah dan sering membantu golongan yang kurang berkemampuan, Uncle Kentang merupakan insan yang sering disanjung oleh masyarakat kerana sifatnya itu. Terbaru, dia membuka sebuah pasar 10 sen di Puchong Utama untuk membantu masyarakat.

Jual barang semurah 10 sen

Selamat Hari Bapa. Pasar 10sen masih berlangsung. Bagi mereka berdekatan jom datang sini. Semua barang harga 10sen. Gembira dapat lihat mereka yang susah dapat beli barang murah.

Di Facebook, Uncle Kentang memaklumkan pasar 1o sen itu dibuka di Dataran Puchong Utama bermula semalam. Antara barangan yang dijual di pasar tersebut ialah pakaian, tilam, peti sejuk, almari dan beberapa barangan terpakai yang lain. Tambahnya, usaha tersebut merupakan salah satu langkah dia membatu golongan susah. Perasaan gembira ketika melihat golongan tersebut membeli barangan yang dijual merupakan suatu perasaan yang tidak dapat diungkap olehnya.

Foto barang pasar 10 sen

Gembira dapat beli barang rumah

Rata-rata netizen bersyukur dan gembira dapat membeli barang di pasar tersebut. Mereka berharap pasar sebegini akan wujud lebih banyak pada masa akan datang.

Sumber: Kuan Chee Heng

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×