berita

Ungku Ismail Luah Rasa Syukur, Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Welcome My Son’

October 14th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nad Zainal Bersalin

Pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi momen bahagianya selepas isteri, Nad Zainal selamat melahirkan anak pertama mereka di sebuah hospital.

Artikel Berkaitan: Fad Bocey Luah Rasa Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kelima – ‘Nanti Kami Kongsi Gambar Baby’

Tahniah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Puteh (@ungkuismailaziz)

Menerusi hantaran di Instagram, Ungku meluahkan rasa syukur dan menitipkan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Nad yang telah melahirkan anak sulung hasil perkahwinan mereka.

Ahmadullahu wash kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil ‘Adzeem dan terima kasi cinta hatiku, Nad Zainal.

Melalui perkongsian yang sama, Ungku turut memberi kata-kata ‘nasihat’ buat bayi sulungnya itu mengenai jerih perih yang perlu dihadapi sepanjang kehidupan di dunia ini.

Love doesn’t have to be in red. Often times it is in white.

Selamat datang anakku. Dunia ini sememangnya satu tempat untuk kita berjuang dengan penuh kepayahan, but where you stand in the perspective of God, determines your happiness.

Respon netizen

Nad Zainal Bersalin

Nad Zainal Bersalin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pelakon tersebut atas kelahiran terbaharu mereka.

Mereka juga memaklumkan tidak sabar untuk melihat kecomelan anak sulung mereka itu.

Sekadar info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.

Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×