berita

Fad Bocey Luah Rasa Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kelima – ‘Nanti Kami Kongsi Gambar Baby’

October 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelawak terkenal, Fad Bocey meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Syaheera Rahman selamat melahirkan anak mereka yang kelima pada jam 9.20 pagi Khamis.

Artikel Berkaitan: ‘Dia DM Suami Kita Gambar Te**k’ – Isteri Fad Bocey ‘Angin’ Dengan Geng Suka Sondol Suami Orang

Tahniah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan urusan isterinya dipermudahkan.

Alhamdulillah, pada jam 9.20 pagi Khamis isteri saya selamat melahirkan anak kelima kami. Terima kasih untuk doa semua juga ya.

Terima kasih doktor dan pihak hospital kerana telah jaga isteri dan baby saya, nanti saya vote doktor untuk anugerah doktor terbaik.

Dalam pada itu, pelawak berusia 32 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia akan berkongsi wajah cahaya matanya itu dalam waktu yang terdekat.

Nanti kami share gambar baby okay.

Respon netizen

Fad Bocey Timang Cahaya Mata Kelima

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Fad dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka yang kelima ini.

Sekadar info, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga mereka pada 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall, Ibrahim Jibriel termasuklah kelahiran terbaharu mereka.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×