Semalam, ahli kumpulan UNIC meluahkan rasa tidak senang melihat bekas anggota Fitri Haris menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu setiap kali persembahan. Malah, mereka turut menasihati Fitri supaya ‘move on’ dan mencari identiti sendiri.
Artikel berkaitan : ‘Come On Fitri.. Move On Please’ – Tidak Hormat Bisnes Kawan, Fitri Haris Dilarang Nyanyi Lagu UNIC
Menerusi Berita Harian, Munif selaku komposer lagu Ainul Mardiah memberitahu UNIC tiada hak untuk melarang mana-mana penyanyi mendendangkan lagu dibawah Hijjaz Records.
UNIC tiada hak
Tambah Munif lagi, tindakan UNIC adalah tidak wajar kerana hak cipta lagu di bawah Hijjaz Records dan sesiapa pun boleh menyanyikannya sama ada bekas anggota atau penyanyi lain.
UNIC tak ada hak nak larang mana-mana bekas anggota kumpulan menyanyikan lagu kumpulan itu.
Dari segi undang-undang, tak ada siapa yang boleh halang. Tindakan Fitri atau Hafiz menyanyikan lagu UNIC tidak salah. Lagu adalah umum dan sesiapa saja boleh menyanyikannya.
Bagi saya, isu sebegini tak perlu timbul. Secara peribadi, saya tak ada masalah pun. Mungkin ada masalah dalaman membabitkan mereka hingga tercetusnya isu ini.
Ketika bersama UNIC, Fitri lebih menyerlah
Selain Munif, komposer lagu Hanya Tuhan Yang Tahu, Isman turut mempunyai pendapat yang sama. UNIC sama sekali tidak layak untuk bertindak sebegitu.
Apa hak mereka nak halang Fitri nyanyi lagu UNIC? Fitri pun bekas anggota kumpulan itu. Lagi pula, ketika bersama UNIC, Fitri yang lebih dapat perhatian bukan saja daripada segi personaliti tetapi juga vokal.
Sekarang dalam UNIC anggota asal yang tinggal adalah Bazli. Jadi, kenapa dua anggota lain nak sibuk? Apa hak mereka?
Sepatutnya, Hijjaz Records yang berhak nak halang bukan mereka. Ini kerana kebanyakan lagu UNIC adalah hasil ciptaan kami.
Saya suka cara Fitri datang berjumpa dan minta izin ketika nak merakamkan semula lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dalam versi solo. Bagi saya, ia bagus.
Begitu juga dengan Hafiz yang mana akan minta izin setiap kali nak menyanyikan lagu ciptaan kami. Sepatutnya, UNIC kena berterima kasih dan bukannya halang.
Katanya lagi, Fitri dan Hafiz Hamidun ada meminta izin dengannya setiap kali mahu menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka. Jadi, UNIC sepatutnya berterima kasih bukannya melarang.
Sumber : Berita Harian