Baru-baru ini Unifi dengan bangganya mengumumkan pelan terbaru mereka #Unstoppable UNI5G Postpaid dan Keluarga, direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan rakyat Malaysia masa kini.
Pelan ini membolehkan pengguna merasai sendiri pengalaman 5G dalam rutin harian mereka dengan lebih lancar dan efisyen.
Ketua Pegawai Komersial Unifi, Jasmine Lee berkata, dalam memperkasakan negara digital, rancangan baharu ini menjadikan teknologi 5G lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia setiap hari.
“Dengan liputan mudah alih merangkumi lebih daripada 95% penduduk negara dan baru-baru menjadi pemenang Ookla 2023 kerana memberikan pengalaman menarik dalam video mudah alih terbaik di Malaysia.
“Pelan UNI5G kami memberikan peluang kepada individu dan keluarga untuk menikmati kemungkinan 5G dengan cara mereka sendiri, tanpa perlu menjejaskan kualiti atau keboleh bayaran.
“Bukan itu sahaja, pelan ini juga mengukuhkan peranan Unifi sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan penumpuan sebenar Malaysia dan mengukuhkan penyelesaian tetap, mudah alih, gaya hidup dan perniagaan kami untuk memenuhi permintaan digital hari ini.
“Ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkayakan kehidupan dan komuniti melalui teknologi serta memastikan rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada revolusi digital yang berlaku”, tambahnya lagi.
Tawaran pelan pascabayar mudah alih untuk pengguna individu
- UNI5G Pascabayar 99, tawaran nilai terbaik di pasaran, yang disertakan dengan data 5G + 4G tanpa had semasa tempoh promosi ini, dan telefon pintar 5G percuma.
- UNI5G Pascabayar 69, data 5G tanpa had semasa tempoh promosi ini, dan rebat pada pilihan telefon pintar 5G.
- UNI5G Pascabayar 39, pelan kemasukan Pascabayar yang paling berpatutan dengan data 30GB 5G + 4G, direka khas untuk mereka yang beralih daripada pelan Prabayar seperti golongan profesional muda.
Rebat bulanan RM20 untuk pelanggan aktif!
Bagi pelanggan yang mengambil pelan Keluarga Pascabayar UNI5G, Pascabayar UNI5G 99, atau Pascabayar UNI5G 69 bersama-sama Jalur Lebar Unifi 300Mpbs dan ke atas, korang akan menerima rebat bulan sebanyak RM20 selagi korang kekal sebagai pelanggan aktif!
Pelanggan boleh memilih tawaran terhad mudah alih tetap, termasuk pakej Pascabayar UNi5G terkini dengan data 5G + 4G tanpa had, telefon pintar 5G percuma dan Unifi Broadband 100Mpbs dari serendah RM149 sebulan.
Untuk tawaran dan maklumat lanjut layari https://unifi.com.my/mobile/postpaid.