Di sebalik kejayaan yang dilakar pada malam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), penyanyi Hasif Upin mendedahkan dia pernah menerima kecaman teruk apabila ada pihak yang memintanya untuk berhenti menyanyi.
Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Hasrat Juara Kerana Lagu Itu Lain Daripada Yang Lain, Major Yang Berkualiti’ – Ketua Juri
Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Dia Sangat Konsisten Daripada Awal Sehingga Habis’ – Ketua Juri Jelaskan Sebab Aina Abdul Menang Vokal Terbaik
Buktikan pada haters!
Menerusi perkongsian di TikTok, Hasif berkata segala cacian yang pernah dilemparkan tidak membuat dirinya jatuh terduduk, sebaliknya bangkit dan membuktikan dia mampu untuk bergelar penyanyi profesional.
Khas untuk haters, terima kasih kerana merendahkan bakat saya. Saya masih ingat lagi ada yang suruh saya berhenti menyanyi dan paling sedih ada juga bekas kawan-kawan lama turut menghentam.
Tapi lihat sekarang saya di final AJL 38. Saya buktikan kepada kamu, iya kamu! Bahawa kata-kata dan cacian itu membuatkan saya lebih kuat.
Dalam hantaran sama, Hasif berbangga apabila persembahannya menerusi lagu Waktu duet bersama Ziana Zain mendapat komen positif dan ‘standing ovation’ daripada penonton pada malam anugerah beprestij itu.
Di final AJL 38 alhamdulillah banyak komen positif dan mendapat standing ovation.
Kepada peminat dan penyokong saya, insya-Allah jumpa AJL tahun depan. Jika ada rezeki nanti kita teriak ramai-ramai.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji nyanyian Hasif yang dikatakan semakin bertambah baik.
Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara AJL 38 sekali gus membawa pulang trofi dan wang kemenangan berjumlah RM100,000.
Dalam pada itu, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000. Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.
Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi. Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Sumber: TikTok