berita

Untung Che Ta.. Dapat Zain Tak Cerewet Bab Kerja Rumah, Balik Lepak Pukul 4 Pagi Pun Boleh

December 12th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon terkenal Rozita Che Wan terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 bersama suami, Zain Saidin apabila dia disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Positif Covid-19, Majlis Anniversary Ke-10 Terpaksa Ditangguh – ‘Lokasi, Solekan & Busana Sudah Siap’

Tidak cerewet

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta memuat naik gambarnya ketika berusia 17 tahun manakala Zain berusia enam tahun bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kesepuluh.

Pelakon berusia 50 tahun itu, bersyukur untuk 10 tahunnya bersama Zain serta dikurniakan suami yang penyayang dan tidak cerewet dalam urusan rumah tangga.

Menurut Che Ta, Zain tidak pernah menyuruhnya membuat kerja rumah seperti masak, kemas rumah ataupun basuh pinggan. Malah, Zain tidak pernah menghalangnya untuk pulang lewat ke rumah sebaliknya akan bertanya mengenai solat serta akan menegurnya jika aurat Che Ta terdedah.

Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun kadang-kadang saya jadi singa.

Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tak cerewet, tak pernah suruh kami masak ke, kemas rumah ke , basuh baju ke, basuh pinggan ke , kami keluar lepak balik pukul 4 pagi pun tak apa, tak tanya, yang dia akan tanya, sayang dah solat ? Yang dia akan tegur, kalau aurat kami ternampak.

‘Tak perlu lelaki kaya’

Dalam pada itu, Che Ta turut berpesan kepada wanita di luar sana untuk mencari suami yang tahu tanggungjawabnya serta tahu tentang agama.

Selain itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut menasihati agar sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan dan bersyukur dengan segala perkara.

Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji masing-masing tahu tanggungjawab .. cari yang tahu agama dan praktikkan nya bukan yang tau agama tapi jadi penunggang .. nauzubillah ..

Sebenarnya dalam apa jua keadaan dalam kehidupan ini , sederhana itu utama .. dapat tak apa, tak dapat pun tak apa.. lalui ja dengan apa yang ada .. bersyukurlah dengan seadanya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×