berita

Untung Lah Dapat Keluar TV, Satu Dunia Tengok Kau Dik..

July 2nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Tidak lama dahulu kami pernah berkongsi beberapa foto mengenai Malaysia antaranya bendera Pakatan Harapan dilihat digantung ketika perlawanan peringkat kumpulan antara Senegal dan Poland. Selepas itu foto-foto gadis manis ke Rusia untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung.

Terbaru, kelihatan pula kelibat kanak-kanak dari Malaysia bersama pengadil, pemain-pemain bola Sepanyol dan Rusia sebelum sepak mula perlawanan peringkat kalah mati. Macam mana dia boleh terpilih untuk ke Rusia?

Siap sedia untuk acara sukan terbesar dunia!

Nama kanak-kanak ini ialah Adam Rizman, berusia 14 tahun. Nama Adam mula jadi bualan rakyat Malaysia apabila dia dilihat menjadi pembawa bola sebelum sepak mula perlawanan peringkat kalah mati antara tuan rumah, Rusia dan Sepanyol.

Aset muda bola sepak tempatan

Adam merupakan salah seorang pemain dari akademi bola sepak bawah negeri Selangor.

Dari SMK Meru

Untung lah Adam dapat ke Rusia dan dapat merasai sendiri pengalaman bersama pemain-pemain terkenal dunia. Bukan dapat lihat sahaja, malah mengiringi mereka sehingga ke padang. Have fun and be safe Adam!

Sumber: Instagram Adam Rizman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×