berita

Untunglah Form 5 Dah Kahwin, Kita Ni Jodoh Pun Tak Nampak Bayang Lagi…’

March 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Berkahwin dan bertunang semasa di bangku sekolah bukan satu perkara baharu bahkan ia sudah mula diterima oleh masyarakat di negara kita walaupun pada mulanya wujud persepsi negatif terhadap trend ini.

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Artikel Berkaitan: ‘Aku Ni Dah 30 Mereput Lagi’ – Viral Gadis Tingkatan 4 Pula Bertunang, Tak Sabar Nak Kahwin

Seperti video yang dikongsi oleh adik kepada pengantin lelaki dikenali sebagai Nsmnas, di laman TikTok yang mendapat kakak ipar berusia 17 tahun. Memang muda betul kakak ipar yaaa!

Isteri umur 17, suami umur 21

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video yang dikongsi, menceritakan abangnya yang berusia 21 tahun, telah memilih calon isteri yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Walaupun perbezaan umur sebanyak empat tahun, namun ia sama sekali tidak menjadi penghalang buat mereka untuk bergelar sebagai suami isteri.

Apa yang menariknya, apabila lelaki ini telah ‘memotong giliran’ dua kakaknya dengan berkahwin dahulu. Dalam video tersebut, dapat dilihat adik beradik perempuannya yang lain banyak membantu sepanjang majlis itu berlangsung.

Akak sulung umur 25, dengan akak kedua umur 24 pun tak kahwin lagi. Adik beradik perempuan tiga orang dah macam bridesmaid untuk Acik.

Pada masa yang sama, mereka sekeluarga turut mendoakan supaya perhubungan abangnya dengan calon pilihan hati berkekalan selama-lamanya.

Semoga bahagia dunia akhirat dan kuat menempuh ujian yang seterusnya.

Video penuh

@nsnbr4Alhamdulillah doa yg baik2 ?##nikahmuda ##nikahpkp ##kawinmuda ##kahwinmuda ##fyp ##fyp? ##fypage ##fypgakni ##fypdong? bunyi asal – JRazlan – Jaa Razlan

Tahniah!

Sumber: Nsmnas

SKIP THIS AD ×