Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara gaun ungu yang digayakannya ketika membawakan lagu ‘Nafas Cinta’ bersama Khai Bahar sempena Anugerah Juara Lagu Ke-36 malam ini.
Berbunga-bunga pentas
View this post on Instagram
Teka teki mengenai busana pertama Aina Abdul akhirnya terjawab apabila Aina memilih mengenakan busana bewarna ungu hasil rekaan pereka tempatan. Busana yang direka penuh dengan bunga-bungaan serta ranting pokok itu kelihatan sangat ‘perfect’ apabila Aina turut memakai sepasang kasut yang seakan ‘akar sebuah pokok’.
Reaksi netizen
Di Twitter, rata-rata netizen ‘okay’ dengan busana Aina kali ini. Ini kerana, mereka boleh meramalkan apa yang bermain di fikiran penyanyi tersebut untuk lagu Nafas Cinta. Cuma, netizen berpendapat mengapa Khai Bahar tidak memakai baju yang bercorak bunga-bungaan bagi menambahkan ‘feel’ di antara mereka ketika menyanyikan lagu tersebut.
Langgar semua pokok bunga?
Di samping itu, netizen sempat berseloroh dan menyatakan bahawa Aina kelihatan agak ‘rushing’ ketika menghadiri AJL kali ini sehingga dia terlanggar semua pokok bunga di sekitarnya. Netizen turut berharap lagu ‘Nafas Cinta’ meraih anugerah pada malam ini.
Sumber: Twitter