berita

Upload Gambar Berbasikal Rentas Negeri, Pelakon Wanita & Rakan Ditahan Polis

October 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak polis telah menahan seorang pelakon wanita bersama rakannya kerana berbasikal merentasi sempadan pada 18 Oktober lalu. Pelakon tersebut dipercayai berbasikal di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis mendapat maklumat mengenai perkara tersebut setelah ternampak posting yang dimuat naik artis itu sendiri di akaun Instagramnya.

Muat naik di Instagram

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihak polis menerima maklumat mengenai perkara tersebut apabila mereka ternampak posting yang dimuat naik artis itu sendiri di akaun Instagramnya. Pelakon tersebut memuat posting berkenaan pada pukul 3.14 petang semalam.

Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal. Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun itu Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis.

Tambah Arifai, kedua-dua wanita tersebut telah bergerak dari rumah mereka di Dutamas ke sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli Gombak. Kereta mereka dipercayai diletakkan di restoran tersebut pada pada 7.45 pagi pada 18 Oktober lalu.

Buka kertas siasatan

Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur. Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis.

Jelas Arifai lagi, pihaknya akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020.

Di samping itu, Arifai menasihati semua individu agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Sumber: Harian Metro 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×