berita

Upload Gambar Kulit Muka Bermasalah Di IG, Apa Sebenarnya Yang Terjadi Pada Sharifah Sakinah?

January 17th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

saknahdp

Sebelum ini Sharifah Sakinah pernah keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya. Namun Sharifah Sakinah sekali lagi dikurniakan rezeki buat dirinya apabila kini sedang hamil 5 bulan dan dijangka bakal melahirkan anaknya pada Mei tahun ini.

Baru baru ini Sharifah Sakinah ada memuat naik turun gambar wajahnya di laman Instagram. Kalau dilihat memang agak teruk gara gara dirinya yang sedang hamil. Hmm kesian juga.

Kulit wajah bermasalahsaknah1

Alhamdulillah, saya belum berdepan situasi yang luar biasa. Cuma, kulit wajah saya yang bermasalah sehingga naik jerawat.

Bagaimanapun, saya mengambil langkah untuk lebih tenang dan santai dalam melalui tempoh kehamilan ini. Seperti kakak saya, Sharifah Shahirah, walaupun sudah memiliki lima anak, dia sentiasa tenang dalam apa juga situasi. Cuma saya tidak melakukan senaman berat seperti sebelum ini, sebaliknya lebih fokus pada pilates

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan jurulatih kecergasan, Aliff Adha, pada Mac 2015. Sakinah dijangka melahirkan bayi sulung perempuan pada Mei depan. Menurut Sakinah beliau juga banyak menghabiskan masanya dengan berehat di rumah dan bersenam setiap hari.

Peminat prihatin

komensakinah1 komensakinah2

 

Ramai followernya memberi pendapat di ruang komen. Ada yang menyarankan beberapa produk untuk Sakinah cuba. Ada juga yang mengatakan perkara berkenaan normal kerana perubahan hormon apabila mengandung.

Namun tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan mengatakan ianya akan hilang apabila selesai bersalin kelak.

Diharap Sharifah Sakinah bertabah dengan ujian ini dan semoga ibu dan kandungan berada didalam keadaan baik-baik sahaja. Tak sabar nak tunggu anak Sakinah ni. Mesti comel macam ibunya.

Sumber : Berita Hariansharifah_sakinah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×