Baru-baru ini, pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsi berita gembira bahawa dia dan suami, Kamal Adli bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Terbaharu, Uqasha sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik video sedang menari di TikTok.
Artikel Berkaitan: 2 Kali Keguguran, Uqasha Senrose & Kamal Adli Bakal Timang Cahaya Mata Pertama
‘Kenapa muka tak naik’
@therealuqashasenrose haaaaa kan dahhh besar badan tapi kenapa muka tak naikkkkk ? . dah la nari tk jadi tp nk buat jugak ..? tak pelah #uqashasenrose
Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen sedang lincah menari walaupun sedang sarat mengandung.
Menurut Uqasha, dia tetap mahu menari walaupun badannya semakin besar sehingga menyukarkan pergerakan.
Haaaaa kan dahhh besar badan tapi kenapa muka tak naik. Dah la menari tak jadi tap nak buat jugak. Tak pelah.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Uqasha bertambah cantik, malah ada juga yang mengucapkan tahniah kepadanya dan Kamal.
Bukan itu saja, ada juga netizen yang berteka teki sama ada bayi Uqasha lelaki ataupun perempuan.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Sumber: TikTok