berita

Uqasha Senrose Pakai Kain Terbelah Sampai Betis, Netizen Persoal Suami Tak Tegur Ke?

March 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Mengenakan sebuah busana labuh berwarna hitam dan terbelah hingga ke paras betis telah mengundang perhatian dan kritikan ramai terhadap Uqasha Senrose.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Hanya Silangkan Kaki’ – Uqasha Senrose Jawab Dakwaan Sunting Gambar

Artikel Berkaitan: Netizen Kutuk Gemuk Selepas Kahwin, Uqasha Senrose Tak Kisah Tengah Bahagia Dengan Kamal Adli

Pakaian seksi

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG), Uqasha dilihat berkongsi mengenai dandanan gaya rambut serta solekannya bagi menjayakan penggambaran sebuah drama.

Namun begitu lain pula perhatian warganet apabila mereka menegur tentang pakaian pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini yang dikatakan seksi serta terbelah di bahagian tengah baju hingga ke paras betis.

Susulan itu, ada di antara mereka yang mempersoalkan sama ada suami pelakon drama Akira Khan itu menegurnya tentang pakaiannya yang seksi tersebut atau pun tidak.

Seksinya, suami tak tegur ke?

Jika kita menyanyangi suami kita, jangan biarkan dia menanggung dosa-dosa kita melainkan dia sudah memberitahu kamu untuk menutup aurat tetapi kamu masih tidak taat. Walau bagaimanapun, itu masih tanggungjawabnya.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang menitipkan doa agar isteri kepada Kamal Adli ini berubah dan terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya.

Perlahan-lahan berubah. InsyaAllah syurga milik mu.

Moga dapat menutup aurat dengan sempurna. Amin.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×