Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof enggan memberi sebarang komen berhubung beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam, sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Kunci Mulut, Tak Mahu Kongsi Punca Perceraian Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan Hampir Dua Tahun
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Ira Kazar Tenang Hadir Pengesahan Sebutan Lafaz Cerai Taklik
Diselesaikan antara ahli keluarga
Menurut Syamsul, urusan keluarga tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka dengan masyarakat.
Alhamdulillah, saya tak kisah tentang yang lain. Itu urusan keluarga yang sepatutnya diselesaikan antara ahli keluarga. Macam saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak kongsi dengan orang ramai termasuk hal apa pun.
Kalau ada isu keluarga, kita tak boleh libatkan sesiapa sahaja, betul tak? Sebab semua itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang mampu saya cakap.
Kita doakan yang terbaik. Kalau apa sahaja saya cakap, pasti akan jadi tajuk berita.
Selain urusan keluarga, Syamsul juga memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang komen lanjut berhubung perceraiannya dengan bekas isteri, Ira Kazar yang disahkan Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi, Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.
Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.
Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.
Perkara itu berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos).
Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.