Sebelum ini timbul pelbagai cerita dan desas desus mengenai rumah tangga tangga kakak kepada usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran didakwa sedang bermasalah.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Anak Saya Tidak Pernah Jejak Tempat Perjudian’ – Noor Kartini
Artikel Berkaitan: Engku Emran Muat Naik Foto Bersama Aleesya, Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu – ‘Rindu Sangat Dengan Mummy’
Enggan masuk campur
Malah, status terkini rumah tangga pasangan terbabit terus menjadi tanya dalam kalangan wargamaya.
Sementara itu, ibu kepada Nabila iaitu Datin Noor Kartini ketika ditemui OhBulan! bagaimanapun berkata dia enggan mengulas lanjut dan mencampuri urusan rumah tangga anaknya itu.
Itu saya tak mahu jawab. Sebab dia sudah dewasa, berkeluarga. Kalau nak tahu, tanya dia sendiri. Macam Ameera, dia masih bawah perlindungan dan jagaan saya.
Urusan rumah tangga anak-anak saya tak campur dan tak nak tahu. Saya mahu gembira saja dengan anak-anak dan cucu-cucu saya.
Kartini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Naelofar x Disney yang berlangsung di IOI Mall, Putrajaya, pada Khamis.
Dalam masa sama, Kartini atau mesra dengan sapaan Mama Tini memberitahu dia tidak menganggap apa saja isu tular melibatkan keluarganya sebagai satu bentuk ujian.
Bagi saya, anak-anak sempurna di mata saya dan saya rasa tiada apa lagi yang saya mahu rungutkan. Bukan ramai ibu di luar sana yang bernasib baik dan beruntung Allah bagi nikmat seperti apa yang saya dapat.
Saya tak anggap cerita berkaitan keluarga saya itu sebagai ujian dan kami tidak pernah ambil tahu tentang apa yang viral. Orang kata hari-hari viral? Viral apa?.
Pada Mac lalu, media melaporkan rumah tangga Nabila dengan Engku Emran didakwa retak menanti belah dan sumber rapat turut mendakwa pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung serta dalam proses perceraian.
Untuk rekod,Nabila mendirikan rumah tangga Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Engku Emran kemudian berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden.