berita

[VIDEO] Sharnaaz & Nabila Sambut ‘Birthday’ Jebat Jayden Bersama, Mata Netizen ‘Meliar’ Cari Engku Emran

September 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sharnaaz nabila jebat

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila ketika meraikan ulang tahun kelahiran anak tunggal mereka, Jebat Jayden sekali lagi menjadi sorotan warganet.

Artikel Berkaitan: Padam Gambar Kahwin, Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Happy Birthday Dear Amelia’- Sharnaaz Ahmad Sambut Hari Lahir Kekasih Bersama Jebat Jayden

Tak gagal sebagai ibu bapa

Nabila Sharnaaz

Menerusi video di TikTok, Sharnaaz hadir ke majlis ulang tahun kelahiran kelima Jebat yang bertemakan ‘The Smurfs Village’ pada 30 Ogos lalu.

Sharnaaz ‘sempoi’ memakai tshirt dengan seluar pendek berwarna hitam manakala Nabila memakai ‘dress’ bercorak dilihat berusaha sebaik mungkin menggembirakan hati Jebat.

Tindakan pelakon filem Polis Evo 3 bersama kakak kepada Neelofa ini semestinya mendapat pujian warganet kerana sentiasa meletakkan kebahagiaan anak nombor satu walaupun sudah berpisah.

Jebat memang nak mummy dan baba dia dalam satu frame (gambar). Terharu betul bila Sharnaaz dan Nabila realisasikan momen itu.

Mereka gagal sebagai suami isteri tetapi tak gagal bab jaga anak.

Bagusnya mereka. Sama-sama besarkan anak walaupun dah berpisah.

Demi anak, ego masing-masing tolak tepi. Bertuah Jebat.

Selain itu, masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga Nabila juga menjadi bualan ramai. Rata-rata peminat perasan dengan perbuatan spontan bapa tiri Nabila, Datuk Abdul Halim Khan yang memanggil Sharnaaz untuk bergambar sekali bersama Datin Noor Kartini dan Jebat.

Nampak muka ayah Nabila panggil Sharnaaz masuk sekali bergambar.

Dah keluar ‘group’ ke?

engku nabila

Bagaimanapun, tidak nampak kelibat ayah tiri Jebat iaitu Engku Emran menjadi tanda tanya mengenai status perkahwinan dengan Nabila.

Mana suami Nabila?

Mana Engku Emran? Menghilang ke?

Terdahulu, Nabila dan Engku Emran didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian selepas dua tahun berumah tangga.

Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

Kemudiannya, Engku Emran berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×