berita

‘Anak Dah Besar, ‘Stop’ Ajar Kiss Bibir’ – Netizen

July 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Setiap kali menjelang hari perayaan, rata-rata selebriti akan berkongsi momen indah mereka di pagi raya.

Artikel Berkaitan: Ibu Engku Emran, Mentua Noor Nabila Meninggal Dunia

Kongsi momen Raya Haji

 

Terbaharu, kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila turut berkongsi momen dirinya menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di laman Instagram (IG).

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Nabila dilihat bersalaman serta bermaafan bersama anaknya, Jebat Jayden. Bukan itu sahaja, mereka turut mencium mulut antara satu sama lain selepas bersalaman.

Netizen tegur Nabila

Berikutan daripada hantaran berkenaan juga, rata-rata wargamaya tampil menitipkan nasihat buat Nabila agar berhenti untuk mencium anaknya itu di bahagian mulut. Ini kerana, anaknya itu semakin meningkat dewasa.

Walau bagaimanapun, ada juga yang tampil mempertahankan Nabila dengan mengatakan didikan setiap keluarga itu berbeza-beza.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×