Urutan badan menggunakan tangan dan batu khas sememangnya sesuatu yang amat melegakan bagi korang yang selalu sibuk bekerja. Namun baru-baru ini, penggunaan pisau dalam teknik urutan mendapat perhatian netizen apabila ada yang ngeri melihat aksi tersebut.
Menerusi New Straits Times, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang yang dikenali sebagai World Public Welfare Association telah membuka ruang baharu dalam teknik urutan apabila menggunakan objek tersebut untuk mengurut.
Teknik tradisional dari China
Menurut salah seorang sukarelawan, Ong Chong Jin, 64 tahun, pertubuhan tersebut telah mengamalkan teknik urutan menggunakan dua pisau sejak tahun 2015 lagi.
Teknik tradisional ini berasal dari China dan telah ada sejak perang dunia lagi. Namun, teknik ini mula dilupakan, tetapi muncul kembali di Jepun.
Dia mempelajari teknik mengurut menggunakan pisau di Taiwan pada tahun 2010, dan telah mengamalkannya.
Lebih feel
Penggunaan pisau istimewa yang tidak tajam, sangat sesuai untuk mengurut bahagian belakang, bahu, kepala dan juga kaki.
Pisau bersifat keras dan tajam berbanding mengurut menggunakan tangan. Jadi, ia dapat menyerap dan memindahkan daya daripada tukang urut kepada pesakit dengan lebih baik.
Selain Ong, 20 orang lagi sukarelawan turut terlibat sebagai tukang urut. Mereka telah dilatih sebelum mempraktikkan kepada orang ramai.
Penerimaan orang ramai
Mulanya ramai yang takut kerana kami menggunakan pisau. Namun setelah mencuba selama 10 minit, mereka dapati bahawa urutan menggunakan pisau ini amat menyenangkan.
Hampir 20 hingga 30 orang mendapat khidmat urutan itu setiap hari.
Sumber: New Straits Times