berita

‘Usah Gundah Gulana.. Bersyukurlah..’ – Pasangan Tabah & Redha Terima ‘Pemergian’ Anak

September 25th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Lebih 4k perkongsian di Facebook, kisah pasangan ini yang kehilangan anak akibat sakit jantung telah meruntun jiwa netizen. Paling sayu apabila pasangan itu mampu tersenyum menerima takdir dengan redha.

Biarpun diberi pinjaman hanya selama setahun dua bulan, mereka tabah mengharungi ujian berat ini. Tambahnya lagi, dia mahu mendidik masyarakat bahawa kematian haram diratapi.

Semoga Auliya Amani menanti kami di pintu syurga

Innalillahiwainnailaihirojiun….

Dari Allah kita datang kepadanya kita akan kembali.

Auliya Amani Bt Amizudin telah kembali ke Rahmatullah ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Kami singgah sebentar di rumah Mak Ngah di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Tiba-tiba Auliya menangis tapi air mata tak keluar. Puas juga saya membaca ayat-ayat Al Quran akhirnya setengah jam Auliya dah ok tak nangis tapi nampak dia lain sikit. Nampak dia lemah longlai terus saya bergegas ke Hospital Ipoh tapi takdirnya Allah lebih menyayanginya.

Saya redho dengan pemergiannya. Auliya Amani anak syurga.

14 Julai 2017 tarikh lahirnya. Setahun 2 bulan.

Semoga Auliya Amani menanti kami di pintu syurga.

Alhamdulillah kami tabah hadapi ujian berat ini.

Anak hanya pinjaman

Anak syurga Auliya Amani bt Amizudin akan dikebumikan jam 9 pagi esok di Kg Bukit Tengah, Jeram, Kuala Selangor

Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Auliya Amani menghidap sakit jantung.

Terima kasih kepada semua yang telefon saya.

Doakan semoga kami terus tabah.

Anak hanya pinjaman sampai masa ia akan kembali pd Allah.

Terus redho biarpun bukan mudah untuk melupakan kenangan bersama Auliya Amani. Semoga mamanya Aminur Fathi terus tabah dan redho.

Yakinlah ada hikmahnya.

Alhamudlilah Allah beri kekuatan kepada kami

Allahuakbar dah jd viral rupanya.

Sejujurnya saya nak didik masyarakat.

Kematian haram diratap apatah lagi nangis meraung-raung.

Usah gundah gulana jika anak syurga telah kembali ke Rahmatullah.

Bersyukurlah sebab Allah pilih kita untuk jaga anak syurga biarpun hanya setahun 2 bulan.

Alhamdulillah. Allah beri kekuatan kepada saya & isteri untuk urus dengan tenang dan redho dengan pemergian anak syurga kepada penciptanya.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak syurga ini.

Sumber : Amizudin Bin Ahmat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×