Berkongsi perjalanan hidup sehingga bergelar Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Azman Azid mengaku cuba untuk memberi sokongan buat ibu bapa dan pelajar tidak cemerlang peperiksaan.
Beliau yang merupakan anak kelahiran Felda Panching Selatan, Pahang pernah dihina sebelum mengecap kejayaan pada hari ini. Jom baca perkongsian penuh inspirasi ini!
Usah kecewa anak tak dapat A
Diploma Mikrobiologi, UiTM 2001
Mak bapak hok anok tak dpt A UPSR tu osohla kecewa, ambe ni UPSR 2B2C, SPM Gred 2, bereh je. Pernah orang kabo ambe bodoh dan sampah lagi. Buat rilex je. Jauh lagi perjalanan anak tuan puan. Sampai masa anak anda pasti terfikir untuk beruboh dan silap-silap lebih berjaya daripada apa yang anda fikirkan.
Nak citer sket, mohon buat diploma…mintok lain, ITM bagi lain. Alhamdulillah dapat gop buat diploma walaupun bukan diploma pilihan. Diploma Mikrobiologi. Dop tahu pun dulu mikrobiologi tu hape. Tapi terime je, doh dop bijok, ITM tawarkan ambik je (sedar diri).
Cukup 3 tahun, grad diploma, CGPA 2.65 je. Mintok keje…dapatla keje Lab Technician di Flexsys Chemicals, Gebeng. Macam tak percaya, ambik mikrobiologi tapi keje chemical plant. Dapat buat degree, tapi tolok sebab kabo ke mok ayoh nak kawen.
Masa kerja technician, sambung belajar
Bach Degree Technology Management, OUM 2010
Sarjana Alam Sekitar, UPM 2012
Dah kawen, terase dihati sampai bile nok kije sebagai technician. Ambik peluang buat degree Technology Management di OUM. Sebab apa? Berangan nak jadi Manager. Yelah, program tu belajar blake, dari management, safety, production, environment, quality hingga ke accounting. 3 tahun habis. Setiap sem ambik banyak. Alhamdulillah grad dengan CGPA 3.33.
Keje UIA, sebagai penolong pegawai sains. Dalam keje UIA ada sikit lagi saki baki buat degree. Pastu cuba mintok jawatan pegawai, tak dapat. Sabar.
Ambik keputusan sambung UPM dalam Master Alam Sekitar, part time setiap hujung minggu. Hari jumaat, habis keje, ambik wife dan anok terus gerak ke Nilai rumah biras, Abg Syemsul. Tumpang setiap minggu. Sebab kelas setiap Sabtu dan Ahad di Fakulti Alam Sekitar UPM. 18 bulan habis. Dapat CGPA 3.44. Elok habis kereta rosok kena overhault.
Diserap pensyarah di UniSZA
PhD Environmental Forensics, UniSZA 2015
Pastu cuba mintok jawatan pegawai, tak dapat. Jawatan academic fellow tak dapat sebab degree OUM. Bukan sebab degree OUM tak laku. Tapi ada sesetengah berkata degree OUM tak layak jadi lecturer sebab part time. Itu dulu la. Sekarang ramai nak ambik graduan OUM sebab experience power. Ambik keputusan, benti keje. Kecewa, bawa diri. Bincang dengan wife dan mak ayah, mereka sanggup tanggung sampai buat PhD.
Buat PhD dalam Environment di UniSZA. Dalam masa sama dilantik Penolong Pensyarah. Terima kasih UniSZA sebab sudi terima ambe, graduan degree OUM. Dalam 2 tahun 8 bulan siap PhD (termasuk dapat senat letter) dengan 15 publication (WoS dan SCOPUS). Akhirnya diserap jadi fulltime lecturer. First task pegang Timbalan Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan (2016-2018), mengajar biologi yang waktu SPM biologi ambe dpt P8!. 2018-kini ngajar forte ambe, biostatistik dan research project. Sekarang bertanggungjawab sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat UniSZA (2019-2021) dan sebahagian Ahli Senat UniSZA. Dah terbit lebih 100 paper di WoS (Q1,Q2,Q3,Q4 dah merase) dan SCOPUS. Merasa jadi editor jurnal. Selalu dipanggil sebagai reviewer di jurnal tersohor berkaitan chemometrics, ANN, Air Pollution & Water Quality.
Kepada ibu bapa, jangan bersedih
Pensyarah Kanan di Fakulti Biosumber & Industri Makanan dan Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat UniSZA, 2014 – kini
Alhamdulillah, semua ambe dah kecapi dalam hidup. Tak pernah terfikir anak Felda yang tak cerdik, pernah dihina mencapai apa yang dikecapi sekarang ni.
Kepada mak bapak diluar sana, jangan bersedih anak tak cemerlang UPSR, sebab perjalanan masih panjang. Ada kawan saya sekarang dah jadi tokey besar! Lebih hebat daripada gaji seorg PhD. Adik-adik teruskan usaha, jangan mengalah. Pandang apa yang akan jadi kepada anda pada 5-10 tahun akan datang. Berubah dan berusaha, pasti kejayaan milik anda!
Nukilan hati,
Azman Azid, PhD
a.k.a Anak Peneroka Panching Selatan
Sumber : Azman Azid