berita

Usaha & Bela Dulu! – Teguran Da’i Wan Kepada Orang Yang ‘Buta’ Kesan Kemenangan Trump Kepada Islam

November 10th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

wan-header

Semalam dunia dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru menewaskan Hillary Clinton. Kemenangan Trump menjadi ketakutan lebih-lebih lagi kepada umat Islam kerana semua tahu akan ‘taktik jahat’ dan muslihat Trump.

Artikel berkaitan : Donald Trump Presiden Amerika Syarikat Baharu Menewaskan Hillary Clinton

Namun, ada juga daripada kita yang tidak terkesan dengan kemenangan Trump. Nah ini untuk orang yang tak faham-faham kenapa nasib Islam dibawah Presiden US.

Kita kehilangan Baitul Maqdis wahai umat Islam

15036310_1203845162991744_5054060482913105618_n

Kita kehilangan Baitul Maqdis duhai umat Islam seluruh dunia.

Kita kehilangannya dah.

Maaf.

Ni untuk orang yang kata ‘Merepek’, apa pasal lak nasib Islam dibawah Presiden US?

Agaknya awak tak faham banyak benda yang perlu Islam sentuh dalam dunia ni, lepastu senang2 cakap orang merepek. Tak habis manusia yang terus sikap begini, binary thinking. Satu hala sahaja. Malangnya lagi, Islam pula tu.

Islam bukan Allah swt yang kena jaga.

Faham tak?

Perlu saya ulang?

Islam, kita yang kena jaga.

Faham tak?

Nak saya ulang?

Islam, kita yg kena jaga.

Kalau tiada usaha untuk membela, apa guna kita umat Islam ni?

screen-shot-2016-11-09-at-3-56-53-pm

Kita dah hilang Baitul Maqdis dah sekarang sebab peralihan Presiden US. Itu kota suci kita. What say you now?

Islam bukan hanya sembahyang seorang diri dan memohon ampun pada Allah swt dari pagi sampai malam. Maaf. Islam bukan hidup dengan individu dan bukan dengan hanya berserah pada Allah swt.

Mana ada konsep tak payah usaha terus berserah pada Allah dalam Islam ni. Bagitahu saya kalau ada.

Kalau tiada usaha untuk membela, apa guna awak, saya dan kita umat Islam ni?

Dengan cara kita membela, kita buat globally Sukuk contohnya, bukan dengan US, tetapi dengan negara lain yang berpotensi, yang mana akan create Sukuk Islam di negara lain secara tak lansung dan berkembang maju pula. Kita jadi rakan terbesar dan terdekat negara itu. Jikalau negara tersebut berjaya memegang tampuk ekonomi dunia satu hari nanti, sudah tentu kita boleh buat sesuatu untuk miliki Baitul Maqdis semula.

Impian menjadi realiti bila ia bertukar menjadi cita-cita.

Itu.

Jangan jadi muslim yang binary thinking

Tapi semua itu tahu bermula dari mana?

Usaha & bela dulu!

Jangan remehkan usaha dakwah orang walaupun kecil dan jangan bulat2 serahkan everything pada Allah kalau awak belum berusaha dulu. Salah konsep tu.

Betulkan dan jangan jadi muslim yang binary thinking. Fikir satu hala, satu pendapat dan satu jawapan.

“Moga-moga dalam hari kedepan lebih baik untuk kita dan Baitul Maqdis semula…”

Yang benar, Da’i Wan

sumber: Wan Dazrin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×