berita

‘Usaha Mereka Gagal Kerana Sikap Bangsa Sendiri’ – Ini Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Harus Duduk Diam Dirumah!

March 18th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Isu wabak Covid-19 menjadi isu negara yang hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Walaupun sudah diumumkan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan, namun masih ada sikap rakyat Malaysia yang mengingkari perintah ini. Malah, mereka sanggup pulang ke kampung selepas dimaklumkan penutupan semua syarikat selama 14 hari.

Di facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Irwan Dahnil kongsi bagaimana negara Italy menjadi kedua tertinggi wabak ini merebak. Hanya kerana sikap bangsa sendiri, usaha kerajaan gagal dan akhirnya membawa kepada kemerosotan negara. Adakah kita akan menerima nasib yang sama?

Sikap orang Italy degil mengendahkan larangan

(sekadar gambar hiasan)

Kalau kita lupa, Italy juga sebenarnya tidak melaksanakan total lockdown pada awalnya. Mereka hanya kuarantin beberapa daerah kecil di kawasan utara seperti Lombardy yang dilabelkan sebagai zon merah untuk mengawal penyebaran. Sebelum itu 75 peratus masih melalui kehidupan biasa dan menganggap mereka sihat, virus masih jauh dan kebanyakan orang disekeliling mereka sihat walafiat. Sedangkan ketika itu iklan, hebahan dan pengumuman di internet dan televisyen sentiasa ingatkan mereka untuk basuh tangan, dan jangan keluar rumah dan tidak berada di dalam kumpulan lebih 5 orang.

Tapi orang Italy ini ignorance, degil. “Jika orang lain boleh selamba je lepak minum-minum, kenapa aku tidak?” Maka kebanyakan mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak lama kemudian virus itu meletup dengan dahsyat. Hospital mula sesak. Jumlah pesakit yang tersangat ramai sehingga mana ada ruang akan dikosongkan untuk diletakkan pesakit. Spike number of cases yang menyebabkan sistem kesihatan overloaded. Doktor dan kakitangan hospital sudah fatigue keletihan. Sehingga mereka terpaksa memanggil doktor yang sudah pencen dan pelajar perubatan untuk membantu.

Mereka mati tanpa ada rawatan yang sewajarnya

(sekadar gambar hiasan)

Peralatan tidak cukup, hospital sudah sampai ke tahap maksimum. Ibarat seperti perang, akhirnya doktor terpaksa memilih siapa yang perlu dirawat untuk terus hidup. Dan tentunya dengan berat hati doktor tidak merawat pesakit yang tiada peluang untuk hidup. Mereka mati tanpa ada rawatan yang sewajarnya. Mati begitu sahaja. Sampai kini Italy masih struggle untuk kembali pulih. Usaha mereka digagalkan dengan sikap bangsa mereka sendiri. Mereka tidak faham mengapa ia dilakukan. Sedangkan tujuan lockdown adalah untuk memperlahankan, menyekat dan membendung penularan virus. Virus ini mempunyai kadar jangkitan 2.3 dimana satu orang boleh menjangkiti 2.3 orang yang lain.

Mereka tidak berkongsi same spirit objektif ia dilakukan. Sedangkan ia hanya boleh dijayakan jika satu bangsa bekerjasama dalam satu negara. Ini bukan kerja satu orang. Mereka tidak tahu bagaimana ia dilakukan. Sebenarnya sangat mudah. Hanya duduk dirumah masing-masing, pergerakan minimal atas dasar keperluan sahaja dalam tempoh kuarantin. Mereka tidak tahu bagaimana mahu menjayakan. Sebenarnya adalah wajib untuk melaksanakan “self-quarantine” dan “social distancing”, cuci tangan, pakai topeng, kurangkan berjumpa orang, kekalkan jarak 1 meter. Mereka hanya menerima arahan kuarantin membabi buta dan tidak berfikir secara kolektif. Tanpa memahami strategi sebenar disebalik kuarantin dan lockdown.

(sekadar gambar hiasan)

Sebaliknya mereka hanya mencari cara bagaimana melalui situasi itu secara bersendirian.
“Apa yang mahu dimakan dalam masa kuarantin?”

“Apa yang mahu dibuat ?”

“Apa aktviti anak-anak tidak bersekolah nanti?”

“Macam mana mahu hilangkan kebosanan?”

“Dengan siapa aku mahu spend masa berkuarantin berhari-hari ?”

Setiap warga mereka mahu buat dengan cara masing-masing. Mereka menerima arahan kuarantin dan meneruskan kehidupan ikut acuan masing-masing. The spirit of togetherness itu tidak sampai kepada semua rakyat Italy. Sikap tidak peduli dan individualistik yang meranapkan strategi menang melawan virus secara total. Kita harus ambil iktibar dari Italy. Bagi yang veteran mungkin boleh membandingkan situasi seperti Mei 1969 atau zaman darurat antara tahun 1948 hingga 1960. Bagi generasi baru, berapa ramai yang dapat mentafsirkan betapa serius situasi dalam negara kita. Ini adalah pertama kali sejak merdeka kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Memang nasib kita kurang baik, Perintah Kawalan Pergerakan ini terpaksa dilakukan ketika negara dalam ketidakstabilan politik.

Kesilapan yang mahal adalah kesilapan tidak menjaga negara

(sekadar gambar hiasan)

Tatkala kerajaan mengumumkan arahan ini, semua masih terpinga-pinga. Langsung tidak ada kenyataan balas oleh mana-mana menteri untuk bantu memudahkan urusan rakyat selama 14 hari ini. Mereka sunyi dan sepi. Sudah seperti orang Italy. Tidak tahu kenapa, bagaimana dan cara menjayakan. Kita kembali memikirkan hal sendiri bagaiamana melalui perintah kawalan pergerakan ini. Kini virus lebih menular kerana kesilapan kita mengerakkan manusia. Seperti sambutan hari raya, lebuhraya sesak orang berpusu pulang ke kampung. Stesen bas padat dengan manusia dan di balai polis kecoh dengan peraturan baru yang diumumkan lebih kurang 6 jam sebelum tengah malam.

Secara statistik Covid19 banyak di area KL dan Selangor. Zone merah. Dan kini ia dibawa pulang ke kampung pula. Masih ingat 10,000 orang Italy yang berpindah dari zon merah ke rumah dan daerah masing-masing ketika lockdown? Persis. Sebijik. Sama sahaja seperti itu. Ingatkan hanya terikut dengan brand utama Italy seperti Gucci, Ferrari dan Prada. Rupanya ada juga perangai yang diikuti dari sana. Pelajaran yang mahal untuk Malaysia semalam. Ini titik tolak make or break dalam kita berperang dengan wabak ini. Kita diuji dengan kesabaran untuk berada di suatu tempat, tanpa berbuat apa-apa. Seperti dikatakan oleh Presiden Italy. “Generasi dahulu diuji dengan dikerah keluar berperang. Generasi kini diuji diikat duduk dirumah.” Kita semua akan ingat titik jaya gagal bangsa dan kesilapan yang dilalui beberapa hari ini pasti bukan yang mahu kita ulangi lagi. Kita belajar dari kesilapan. Kesilapan yang mahal adalah kesilapan tidak menjaga negara untuk generasi akan datang.

Sumber : Irwan Dahnil

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×