Macam yang kita tahu, pandemik COVID-19 masih lagi melanda negara kita membuatkan barisan hadapan negara bertungkus lumus bergadai nyawa siang dan malam.
Sebagai syarikat yang prihatin dengan keadaan semasa negara, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) turut sama-sama turun padang dan menjalankan peranan mereka dalam menyokong para petugas barisan hadapan (frontliner) negara kita. Jom admin kongsikan antara insiatif-inisiatif yang dilakukan oleh DLMI!
Sumbangan susu di beberapa hospital dan agensi kerajaan buat hero negara!
Menyedari besarnya pengorbanan yang dilakukan petugas barisan hadapan COVID-19, DLMI sebagai jenama yang pakar dalam pemakanan, menyalurkan sumbangan dengan membekalkan produk susu Dutch Lady di beberapa hospital utama seperti Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.
Selain itu, sumbangan susu berkhasiat Dutch Lady turut diberikan kepada pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), agensi penguatkuasa dan agensi kerajaan.
“The Lost Food Project”
Kalau korang nak tahu, DLMI juga giat menyumbang kepada The Lost Food Project iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan yang mengumpul produk makanan untuk diedarkan kepada komuniti yang kurang bernasib baik di Lembah Klang yang rata-ratanya terdiri dari golongan b40.
Staff DLMI pun tak terkecuali!
Bukan hanya frontliners dan Badan Bukan Kerajaan, DLMI juga turut memastikan staf mereka, termasuklah di bahagian Operasi, Jualan dan seluruh organisasi tidak tercicir dari menerima sumbangan produk Dutch Lady!
Usaha murni yang wajar dicontohi!
Bunyinya seperti kecil kan, tetapi inisiatif yang dilakukan oleh DLMI ni memang besar kesannya kepada negara dan patut dicontohi oleh semua. DLMI berharap, dengan sumbangan susu Dutch Lady ni dapat membekalkan nutrien cukup seperti protein, Vitamin D dan Vitamin B12 dalam memastikan barisan hadapan negara kita kekal sihat dan kukuh.
Syabas, Dutch Lady Malaysia! Korang sekeluarga pun jangan lupa minum susu, okay. Jom sama-sama kita jalankan tanggungjawab dalam memerangi COVID-19!