Setiap pemandu e-hailing sudah pasti mempunyai cara tersendiri untuk memberi keselesaan dan mengambil hati para penumpang. Seperti perkongsian seorang lelaki di Twitter, pemuda ini berkongsi sebuah kisah di mana pemandunya itu menyediakan beberapa buah balang yang dipenuhi dengan gula-gula untuk dinikmati penumpang. Lebih mengujakan, pemandu tersebut turut menawarkan kuih pau sebaik sahaja mengetahui lelaki tersebut berada dalam keadaan lapar. Terbaik!
Bless you abang Grab!
Baru lepas ambil darah
Menurut Tweet tersebut, pemuda itu memberitahu bahawa pemandu e-hailingnya itu merupakan seorang lelaki berbangsa Cina. Dia turut memberitahu bahawa pesanan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut dilakukan sejurus dia selesai melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. Semasa menaiki kenderaan itu, pemuda tersebut teruja melihat beberapa buah balang yang diisi gula-gula zaman kanak-kanak digantung di belakang kerusi pemandu dan penumpang.
Oleh kerana baru sahaja mengambil darah, pemuda tersebut meminta izin kepada pemandu itu untuk mengambil gula-gula yang berada di dalam balang berkenaan. Di samping itu, pemandu itu turut menawarkan kuih pau kepada dirinya.
Kena bayar ke?
Rata-rata netizen teruja membaca Tweet yang dikongsi oleh pemuda tersebut. Mereka turut berharap pemandu e-hailing yang lain dapat menjadikan pemandu tersebut sebagai contoh.
Sumber: Alhkm_azmn